It's You!

Thursday, January 31, 2013

Yani Nak Ke Sekolah

Salam,

Pagi tadi tepat jam 9 pagi, Yani dah bangun. Sempat juga mama menyambung Project X mama. Tinggal sikit lagi..insha Allah esok boleh hantar kepada tuan empunyanya.

Bulan depan macam nak start wean off diorang..boleh ke tak ye?


Berbalik pada cerita Yani. Saya bercadang nak bawa dia ke pasar hari Penaga hari ni. Jam 9.30 selesai mandikan dan siapkan dia. Sempat lagi minum susu sebotol. Cakap dengan dia nak ikut tak pi pasar? Cepat-cepat dia bagi kita siapkan dia. Tok Ibu dia bagi RM10 untuk beli mainan. Kalau bawa dia memang kami elak pi bahagian yang ada jual mainan sebab dia mesti minta punya. Kadang-kadang bila cakap mama ngan abah tak gaji lagi tak ada duit, dia boleh faham tapi ada masanya dia buat derk aja..selagi tak dapat dia akan ulang "Nak nak menan..nak nak...nak nak"

So, tadi saya, Mr Hubby, Mami Yon dan Yani pi pasar hari. Sampai dia suruh abah dia dukung dia. Tak mau dia jalan sebab ramai orang kot. Sampai tengah jalan, dia minta duit dia tadi kat Mami Yon. Abah dia tanya nak beli apa? Dia kata nak beli menan.

Tengok...dia buat gimnastik ke akrobatik..kaki boleh naik atas kabinet tv..huhuhu


Sampai tempat jual mainan abah dia turunkan dia. Satu-satu dia test mainan yang ada. Dia berkenan dengan komputer mainan yang boleh baca alif ba ta tapi yang tu ada satu je..tak boleh beli. Sebab apa? Sebab kalau beli satu, nanti balik rumah dia akan berebut dengan Yana. Abah dia belikan piano kecik dua. Mula-mula tak mau..nak komputer tu juga. Nasib baik tak nangis.

Teman kami gi beli ayam. Ada budak perempuan lebih besar dari dia menangis. Mungkin nak apa-apa tapi mak dia tak bagi. Yani just tengok je. Saya peluk dia, kata kat dia, "kakak baik kan? Tak nangis. Nanti kat rumah main mainan ngan adik". Dia angguk lepas tu menguap. Lepas tu dia kata "Nanti balik rumah kakak tido" hehehe comel je. Sempat juga tunjuk ayam, tunjuk daging lembu dan macam-macam. Suka bawa diorang gi pasar sebab boleh tunjuk macam-macam secara live bukan setakat dalam buku saja.

Bila saya bersiap nak ke tempat kerja, dia tak nangis pun. Dia kata "Mama pi keja kan? Kakak tak nangis pun" haaa...ye la..dah dapat mainan boleh la kamu cakap camtu. Dia kata dia nak pi sekolah. Pi sekolah kena bawa pensel, bawa buku, bawa beg. Tak boleh bawa susu, tak boleh bawa pampers, tak boleh bawa mainan. Dah besar anak saya ni. Oh...tertanya-tanya kah di mana si Yana? Di waktu kejadian, Yana masih lagi tidur. Pukul 11 pagi baru bangun. Anak dara sapa ntah bangun lewat ni? Huhuhu


6 comments:

  1. amboi bijaknya!
    anak2 saya pun sama gak, pantang nampak mainan. semua diorg mintak

    ReplyDelete
  2. Comel jer yana...hmmm susahkan kalo bwk budak2 lalu kat tpt mainan nie..semua dia nak..heheh

    ReplyDelete
  3. Yana x mintak adik Yani sorang lagi keew mak? nnti namakan Yanu jee.., ehhe, wak gurau2 je

    ReplyDelete
  4. huwaaa syoknya depa bgn lewat! boleh bt keja mcm2. si Ali time kita bgn subuh,dia pun bgn sekali. huhu. last2 nak membasuh baju pun dia 'tolong' sekali. huhuhu

    ReplyDelete
  5. akak... geram tgk pipi yani tu. bambam!!! pandai beraksi kaki terlipat gitu ye.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...