It's You!

Wednesday, January 2, 2013

Azam & Wish

Salam,

Mula bekerja selepas bercuti 4 hari. Bercuti pun kerana menghadiri kenduri sepupu di Kuala Lumpur dan kemudian membawa anak-anak berjalan last minute ke Zoo Negara. Sambil tu berjumpa adik-beradik yang dah lama juga tak jumpa. Alhamdulillah, semuanya happy.

Pagi ni Danish dah start masuk darjah 4, Danial pula dah darjah 2. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi mereka dah menginjak ke sekolah menengah dan jadi muda remaja. Kita pula yang akan merasa tua. Lepas tu Yani dan Yana pula akan masuk sekolah. Sebagai ibu bapa, saya pula yang perlu faham keadaan anak-anak remaja. Maklumlah..bila remaja, pelbagai cabaran baru bermula, kenalah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan mereka. Dulu pun kita dah biasa jadi remaja. Insya Allah, mudah-mudahan saya dan Mr Hubby dapat menangani karenah anak-anak yang makin meningkat usia.

Selain itu, di tahun baru, pelbagai azam baru tersemat di kalbu. Kalau boleh, semua azam nak kita capai tapi kena juga disertakan dengan usaha yang berterusan, barulah tercapai azam yang dibuat. Azam saya? Nak jadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas...mama yang lebih penyabar, isteri yang rajin, anak yang solehah, pekerja yang lebih dedikasi, peniaga yang lebih berjaya, kawan yang lebih prihatin, hamba yang lebih patuh & taat kepada perintah Allah. Hidup ni kan serba kekurangan...makanya atas tangan kita sendiri la kalau nak berubah pun.

Wish list 2013? Sebenarnya kalau ikutkan hati, banyak yang saya nak..tapi yang paling saya nak tahun ni ialah BERCUTI. Hahaha...

1. Bercuti dengan Mr Hubby saja...kira honeymoon la..hahaha
2. Bercuti bersama keluarga besar..kira buat family day
3. Bercuti sambil belajar dengan staf library...tahun lepas tak buat
4. Bercuti @ pamper diri sendiri...nak gi Spa hehehe

Wish List barang...

1. Nak Samsung Galaxy Camera :P
2. Nak cat balik "mini-cooper" saya
3. Nak set periuk baru & pengukus comel

Ok..setakat ni..tu je..ok kan..sikit je tu. Tak mau banyak-banyak. Yang lain alhamdulillah sentiasa cukup, walaupu tak berlebihan. Sederhana saja. Korang pula macamana?

Budak nervous ^_^


Nota kaki : "Mama hantar Danish sampai depan sekolah ke?" 
                  "Pi la sendiri...macam darjah satu pulak"
                  "Hehehe..ok ^_^" sambil senyum
                  Sebenarnya dia nervous...hari pertama sebagai pengawas. Tak pe...mama tau...

8 comments:

  1. hari ni hari pertama anta anak ain ke sekolah... bukan dia yang nervous tapi Ain, huhuhu

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru..
    semoga bercapai semua azam tahun baru & wish list tu yer...

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru! Moga azam & wish tu tercapai
    Amin.. :D

    ReplyDelete
  4. salam akak, happy new year :) smoga tercapai azam tahun ni terutama yg samsung camera tu ye. leh buat review later hehe. apa khabar si kembar akak?

    ReplyDelete
  5. wish all the best for the 2013 wish listed tu...
    bahagianya nanti bila direview dipenghujung 2013..
    dari angan-angan, timbul azam dan dapat hasilnya..
    sampai dah usia la, kak pun masih pasang angan-angan dan azam..

    ReplyDelete
  6. Happy new year sis....

    semoga list u tu semua tercapai....
    part2 cuti adalah sangat i loike :)

    ReplyDelete
  7. saya pun ada wishlist. hehehe...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...