It's You!

Tuesday, January 8, 2013

Apa Kes?

Salam,

Pagi tadi dalam kereta, jam 6.33 pagi, keadaan gelap.

Mr Hubby : Tolong sediakan duit tol secukupnya, duit ada dalam bekas putih
Saya : Ok.. (sambil raba-raba dalam gelap..ambil semua duit 20 sen, 6 keping = RM1.20)

Dah nak dekat tol..cerah sikit, saya tengok balik duit dalam genggaman. Alamak..ada terselit duit 50 sen baru pulak. Gelabah cari duit 20 sen sebelum kereta berhenti di toll gate.

Saya : Hish..elok-elok dulu duit 50 sen besar, pi tukar pulak sama saiz dengan duit 20 sen..menyusahkan betul la...
Mr Hubby : Huh!


Tengok tu saiznya?




Moral of the story : Dah elok dah..duit syiling sebelum ni berbeza saiz..orang buta pun boleh beza yang mana 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen...sekarang pi gatal pulak tukar semua duit lebih kurang sama je saiznya, kan ke menyusahkan tu? Apa faedahnya ditukar saiznya? Adakah dengan menukar saiz, nilainya makin tinggi? Rasanya tidak juga..nilai makin berkurang hingga anak-anak kecil kita pun kalu jumpa 20 sen 50 sen pun buat tak reti je. Paling geram duit kertas baru tu..dahlah susah nak lipat..buh sepuluh ringgit duit seringgit-seringgit dalam purse kalau lipat dua dah nampak gila gemuk. Nanti pencopet ingat kita banyak duit..padahal..duit singgit je..Huh!


Nota kaki : Kenapa suka sangat ditukar-tukar? 

24 comments:

  1. Hehe..betui kniedaz...duit 50 sen sama macam 20 sen..mmg payah..klu amik,kna tengok betui2 dlu...pastu nampak macam duit terendam lma dlm ayaq..mcm berkarat ja..duit syiling dlu lg elok rasanya..dan duit kertas tu.. sya pernah tersilap pi bg duit 20 inggit kat cashier..pasai hampir sama mcm duit 10 inggit..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...betul la..duit doploh ringgit tu kalau tak tengok betul2 macam duit seploh ringgit...huhu

      Delete
  2. tu la kan, selalu gak tertukar syiling 20s dgn 50s skang ni..kena tgk byk kali plak dh.. pastu kalo beli air guna mesin tu dh x terima plak syiling 50s baru.. menyusahkan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..kat vending machine tak ble guna ek? lama tak beli kat vending machine..huhu

      Delete
  3. hahaha..kan!skrg lau nk bg syiling kne tgk btl2 brp sen..kang tsalah bg..10sen n 5sen pn cam nk sama je..hehe


    follow me
    herdiaryoflife.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. setuju sangat.... kalau kat kedai pun, bila nak bagi duit baki kat customer kena tengok betul2

    ReplyDelete
  5. lagi satu, duit kertas jenis ni mudah melekat sesama sendiri. elok kita nak bayar RM1, terbayar RM2 pulak. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita terbayar RM2 takmola..kita terdapat RM2 lain citer hehehe

      Delete
  6. betul juga...duit yg lama senang...pejam mata kita boleh bezakan dari saiz nya...yg mana 50 sen, yg mana 20 sen...yg mana 5 sen...Cuba bezakan juga duit baru 5 sen, VS duit baru 10sen..pun lebih kurang aja saiz nya, warna pun sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang, tak bolehlah pejam mata amik duit..kena bukak luas-luas mata takut tersilap

      Delete
  7. dorang punye sukak laa.. harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la wak...kita ni marhain ikut je la..hoho

      Delete
  8. macam takder kerja cari kerja kan kak depa ni? sesuka hati nak tukar duit...ntah apa-apa....memang takleh nak beza skrg duit, kena tgk betul2 baru tau (syiling)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dia nak suruh kita kira betul-betul sebelum berbelanja...huhu

      Delete
  9. As salam,
    Ramai yg merungut mengenai perubahan saiz dn bentuk duit syiling Malaysia tp ada sbb knpa dibuat begitu. Pengecilan atau pengurangan saiz tu sebenarnya utk jimatkan kos pembuatan duit syiling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga begitu tetapi rasanya kalau saiz dapat dibeza lebih memudahkan pengguna.. ^_^

      Delete
  10. betul tu sis...
    memang kena tengok betul2 duit2 syiling tu sblum bayar...
    slalu tersalah amik.....

    lagi satu, duit kertas lak cam melekat2...
    kena double check betul betul...

    ReplyDelete
  11. kak kalau nak membayar, belek dekat 10 minit mengira...anak2 lagi cepat!!

    ReplyDelete
  12. x suka gak dgn duit baru ni...yg syiling saiz kecik sampai susah nak bezakan...

    duit kertas plak, setakat ni mesin CDM x terima...isk..isk...

    ReplyDelete
  13. Banyak betul dah bertukar yer duit2 kita since sy last balik 2 tahun lps..agak2 duit yg ade dlm simpanan sy ni dah tak laku kot dah...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...