It's You!

Monday, December 17, 2012

Melayan

Salam,

Uiii..dah tengahari baru dapat update blog. Minggu ni adalah minggu sibuk bagi saya. Banyak invois-invois yang perlu dilangsaikan dokumentasinya sebelum dihantar ke pihak Bendahari. Bendahari pun dah hantar emel last penerimaan invois2 ini ialah 24hb Disember. Minggu ni pulak bos semua tak ada di Penang, semua g Shah Alam atas urusan kerja. Camno tu? Sapa nak sain semua dokumen ni? Last-last saya buat keputusan, minggu ni saya settlekan dulu bahagian kerja saya, lepas tu bagi bos sain hari Isnin tu..lepas tu terus hantar ke Bendahari. Harap-harap sempat la...

Semalam lepas gi makan nasi kenduri, bawa anak-anak ke Carrefour. Bukan nak membeli apa pun, gaji pun tak masuk  lagi...so kami just bawa diorang berempat main games di Carrefour tu. Si Yani dan Yana memang tak boleh tengok mainan yang gerak2 tu, mesti kena naik dua tiga kali sebelum balik. Jadinya, sebab dah lama juga tak bawa diorang, semalam kami bagi diorang main puas-puas. Si abang tu saja je gatal nak main, padahal kat rumah dah puas main PS2 dan PSP.

Lepas gi Carrefour, kami gi Kedai Wahab di Seberang Jaya. MIL nak belanja cucu dia baju sekolah. Kami pilih baju untuk abang Danish je sebab baju uniform pengawas memang kena beli di Kedai Wahab sahaja. Pihak sekolah berbuat demikian supaya warna uniform seragam bagi semua pengawas. Danial rasanya tak beli baju sekolah sebab baju kemeja sekolah tahun lepas ada dua helai lagi yang tak pernah pakai...masih bau kedai lagi. Minggu ni kami akan bawa diorang beli seluar sekolah, stoking, kasut dan peralatan sekolah pulak. Minggu ni pun baru sibuk nak membalut buku-buku teks..hehe..

Oklah...itu je cerita semalam. Saya tinggalkan blog dengan beberapa gambar gelagat si kembar dan abangnya. Bila duduk di rumah, kerja saya hanya melayan si kembar saja. Nak buat kerja lain pun tak boleh, diorang asyik panggil duduk main je. Nak tak nak, kena la melayan, bukan selalu pun...waktu saya cuti la diorang mula nak manja-manja dan mengada-ngada hahahaha..

Danial melayan Yani bermain tapi tak boleh harap sangat..nanti dia picit-picit geram tangan adiknya..dia kata adik Yani gemuk..geram..hoho

Kalau dah bermain, huiii macam-macam karenahnya..

Yani suruh saya selimutkan dia dan baby dolls dia..konon nak tidur la tu tapi hampeh..dekat pukul 1 juga baru tidur...huhuhu

Langit pagi tadi....  ^_^


9 comments:

  1. Kakak bayangkan anak dara cute tu berbual dgn baby doll dia sebab tu tak tidur-tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecoh kak..nanti dia kata baby dia nangis..bagi susu lepas tu masakkan ayam la..telur la..hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Semoga Daddy Ziyyad pun bakal dapat gegirl... ^_^

      Delete
  3. abg geram tgk adik hehehehe...
    tapi ok gak sis...
    nak gak dia layan adiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je sis dia layan..yang lebihnya mengusik tak habis-habis ^_^

      Delete
  4. alololo...comelnya tido ngan dolls sekali..aunty pon geram tengok yana n yani..

    ReplyDelete
  5. alollollo...comelnya nak tido dgn dolls, aunty pon geram tgk yana n yani;)

    ReplyDelete
  6. comel je si kembar ni kan. saya next week baru nak cari barang2 sekolah anak.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...