It's You!

Thursday, January 3, 2013

Anak

Salam

Pagi ni bangun lewat sikit, jam 6 pagi. Lepas solat dan teman Mr Hubby dan Danish keluar rumah, sempatlah baca 1 bab buku Untukmu Wanita karya Zaharuddin Abd Rahman. Topik yang saya baca tentang cara mendidik anak-anak. Lupa pulak...arini saya masuk kerja jam 1 petang...tu yang boleh bangun lambat sikit dan bersantai baca buku.

Topiknya bagaimana kita hendak menyusun ayat ketika berbicara dengan anak-anak. Adakah kita perlu menggunakan bahasa yang mudah atau mnggunakan bahasa yang selalu digunakan di dalam perbualan kita sehari-hari dengan orang dewasa. Anak-anak sekarang mempunyai minda yang lebih terbuka daripada anak-anak zaman dulu. Pengaruh media massa dan persekitaran menyebabkan mereka lebih tua daripada usia. Sebab itu perlunya kekangan dalam penggunaan televisyen dan lain-lain medium. Bayangkan kalau dulu budak kecil tak tahu apa itu politik...tapi sekarang mereka tau sebut parti itu parti ini..ada yang diajar membenci sesuatu parti...sebab sering didedahkan atau terdengar orang tua bersembang.

Di rumah saya, tv adalah medium pelepas diri. Kalau sibuk...mesti suruh budak-budak tengok tv...memanglah tak elok sangat tapi waktu tu yang kita boleh buat kerja. Mungkin lepas ni saya boleh libatkan diorang dengan kerja yang saya nak buat..macam kemas rumah...tapi takut tak siap kemas mulut membebel tak berhenti....susahnya nak jadi ibubapa yang bertanggungjawab. Maknanya...kita perlu luangkan lebih masa dengan mereka supaya mereka tidak rasa tersisih dan merasa kita tak punya waktu untuk mereka. Bila mereka rasa seronok, automatik mereka akan memberi sedikit kerjasama jika diperlukan. Macamana ye nak kurangkan pengaruh tv pada anak-anak kecil?

Eh..melalut pula saya ni...dalam buku tu kata...beri perhatian kepada apa yang anak-anak kita beritahu kepada kita. Contohnya bila dia kata, "mama...buku ni kena tulis nama" janganlah kita kata "nantilah mama buat" tapi mungkin kita pegang dulu buku tu dan tolong tulis nama sekejap. Benda yang remeh pada pandangan kita sebenarnya adalah perkara penting dalam hidup seorang anak. Beri perhatian apabila anak-anak bercerita kerana dengan cara itu anak-anak kita dapat membina keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang dewasa. Jangan potong waktu dia cakap walaupun dia cuma cerita tentang buku sekolah dia je. Saya pun nak jadi pendengar yang lebih baik lepas ni. Kadang-kadang bila kita sibuk, kita selalu buat-buat tak dengar...silap rupanya. Insya Allah...saya akan perbaiki kesilapan saya.



Nota kaki : Lagi banyak membaca, lagi banyak benda yang kita rasa kita tak tau. Ruginya sesiapa yang tidak suka membaca. Anak-anak umpama kain putih...kita yang mencorakkan mereka dengan warna-warna yang ada.

8 comments:

  1. Betul betul betul... respon terhadap apa yang anak nak sampaikan memang pentingkan...

    ReplyDelete
  2. so true...
    kids nowadays minda dorang lebih terbuka kan....
    and we have to make time untuk dorang....

    i pun kkdg terbabas gak biarkan Sapphire gitu...
    a few seconds after that, tersedar...
    dan dan cari Sapphire untuk settlekan permintaan 'remehnya' itu....

    bukan senang kan nak jadi parents nie sis ;)

    ReplyDelete
  3. Mintak2 kalau saya dah ada anak nanti..dapat beri didikan n ajaran yg baik. Betol kak.. kdg2 selalu anggap remeh ape yg budak2 ckp padahal penting pade diorg.

    ReplyDelete
  4. wak pon sayang anak wak jugakkk.. aHHKss

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sudi berkongsi sedikit isi dlm buku tu..tak sangka pula UZAR ada tulis buku macam ni...Insya Allah, saya akan cari...Selalunya mmg suka dgr talk beliau tentang muamalat Islam..

    ReplyDelete
  6. saya pun sering juga buat kesilapan ni..harap pasni saya akan jadi pendengar setia utk anak saya..

    ReplyDelete
  7. bila bacani rasa sedih sendiri.. maalumler banyak benda yang diluar kawalan..
    teringin nak jadi macam ini tapi jadi cam gini.. so berharap gak dapat jadi ibu yang terbaik untuk anak2..

    ReplyDelete
  8. kalau anak2 bercerita, saya layankan aje. tak kira la kalau dia nak cakap benda yg tak pernah jadi pun. sekadar rekaan. kadang2 tu dia orang cerita benda yg jadi seminggu lepas. layan.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...