It's You!

Thursday, January 24, 2013

Birthday Cake & Memori

Salam,

Bila dekat dengan tarikh birthday sesiapa dalam family, mesti nak beli kek. Padahal, bukan makan sangat pun kek. Biasanya kami beli kek paling kecil untuk sambutan birthday di rumah. Selalunya kek akan terperuk dalam peti ais sampai seminggu.

Tapi itu dulu ya...waktu kami beli kek di kedai kek. Sekarang, kalau birthday, saya akan tempah kek dengan member ofis saja. Kek yang dia buat gerenti sedap. Kalau ada yang kata tak sedap, mungkin dia bukan peminat kek. Harga memang mahal sikit tapi berbaloi membelinya. Macam makan kek Secret Recipe je. Paling kami suka kek Chocolate Moist dan Chocolate Layer Cheese. Mr Hubby suka, MIL suka, anak-anak suka..hish..semua orang suka la..Oleh itu, bulan depan insha Allah, nak tempah kek ini untuk Birthday Boy & Girls...

Rainbow Cake..yum yum

Bila teringat kek, teringat arwah abah saya. Dia tak pernah lupa birthday kami. Dalam family kami ada 6 orang, arwah abah, mak, saya, Gee, Iema & Riz. Kami berpasangan sambut birthday setiap tahun : arwah abah & Iema bulan Ogos, saya & Riz bulan Mac, mak & Gee bulan Mei. Bestkan? hehehe...bila tiba tiga bulan ni, kami buat makan-makan. Goreng bihun, buat kuih, dan makanan lain. Pernah satu waktu tu, kalau tak silap setahun sebelum arwah meninggal, kami sambut birthday arwah dan iema. Semua dah ada tapi kami takde kek. Saya pun cakap dengan adik-adik kalau ada kek mesti best. Arwah abah dengar kot...dia keluar naik motor lepas tu balik bawa kek ini....

Chiffon Cake


Waktu tu dalam kepala terbayang kek cantik. Bila buka kotak ada kek ni. Tiba-tiba rasa sedih dan nak menangis. Waktu tu arwah abah dah sakit-sakit. Duit pun tak berapa nak ada tapi dia sanggup keluar ke kedai beli kek tu. Sampai sekarang bila teringat kisah kek tu bergenang air mata. Semoga arwah abah berada di dalam golongan mereka yang beriman.

Ok..back to the cake. Alangkah bertuahnya anak-anak kita yang dapat makan kek tak kira birthday atau tak. Sebab itu rasa sayang kalau beli kek besar-besar tapi tak dihabiskan. Apa agaknya yang dirasakan oleh mereka yang tak pernah makan kek dan teringin ada kek di hari lahirnya. Saya dah merasainya..bersyukurlah apa yang kita ada sekarang ^_^

4 comments:

  1. kek mmg sinonim dgn sambutan birthday...:)
    dapat makan sepotong pun dah cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dapat makan sepotong pun dah ok dah...yang excitednya tuan diri yang sambut birthday la... ^_^

      Delete
  2. kiranya kek chiffon tu mmg sgt memberi erti buat kak ida. riena pun tumpang sebak jgk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu riena...bila tengok kek chiffon mesti ingat kejadian itu..huhu

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...