Salam,
Sedikit gambar ketika membuat lawatan susulan Misi Iqra' Bahagian Library tempoh hari. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut mesra dan mereka masih lagi mengingati kami. Bila tengok wajah-wajah polos anak-anak ini terasa sejuk hati kami. Mereka sungguh sopan santun dan menghargai kedatangan kami.
Apabila diajak berbual, ada yang malu-malu ada juga yang ceria bercerita. Saya pula seorang yang sukar untuk memulakan perbualan tapi bila lama-lama, ok la juga. Kebanyakan mereka mengatakan seronok duduk di situ, mungkin sebab ramai kawan dan keperluan asas dan pembelajaran teratur, maka mereka sudah terbiasa.
Rumah anak-anak yatim yang kami lawati ini selalu menerima kunjungan ipta, ipts dan badan-badan lain yang rajin menghulurkan bantuan baik dari segi wang ringgit, barangan atau keringat peluh. Semoga apa yang kami lakukan diberkati oleh Allah, insya Allah.
Anak-anak di BEDAYA, Kulim. Semuanya lelaki seramai 40 orang. Yang paling kecil dah darjah 4 hingga ke STPM.
Bersama pengurusan BEDAYA sebelum berangkat ke Sik, Kedah.
Saya berbual dengan dua orang Zul ini. Seorang tingkatan 2, seorang lagi tingkatan 1. Seorang ramah, seorang malu-malu
Ni kat Rumah Gemilang, Sik Kedah. Ada dua rumah berasingan yang jauh juga jaraknya antara satu sama lain. Satu untuk puteri dan satu untuk putera. Kami dihidangkan dengan nyanyian nasyid yang mengasyikkan.
Sebahagian anak-anak lelaki di Rumah Gemilang bersam seorang kawan. Sama besar je..hehehe
saya doakan anak anak yatim ini berjaya dlm hidup mereka....Betapa saya rasakan diri saya bertuah, penuh rezeki kalau nak dibandingkan dgn mereka..Kita harus melihat mereka yg dibawah, barulah insaf dgn nikmat tuhan pada kita , kan...
ReplyDeletememang elok sangat2 buat lawatan ke rumah anak2 yatim ni....
ReplyDeletedapat kita muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada....
semoga anak-anak yatim ni berjaya dunia dan akhirat....
tgk gmbr ni, tringt aktviti yui semasa di poli..pergi sana sni.. sgr terharu tgk mereka..tabah.
ReplyDeletemasih ada yg sayang pd mereka.
ReplyDelete