It's You!

Wednesday, February 6, 2013

Garam Tau, Bukan Geram!

Salam,

Lama dah saya tak buat segmen petua kan? Hehehe...tak jumpa petua yang best untuk dikongsi. Baru-baru ni jumpa sedikit petua yang saya rasa boleh dikongsi bersama. Tentang apa ya? Meh kita tengok...

GARAM


Benda yang mudah kita peroleh di rumah kita. Selain untuk memasak, ada juga kegunaan yang lain yang boleh kita manfaatkan. Lepas ni bila shopping barang dapur, bolehlah beli garam 2-3 kilo ya tuan-tuan dan puan-puan. Hehehe....





Kalau ada cawan kita yang dalamnya berkarat dengan bekas teh dll, amik kulit limau buh garam dan 
    gosokkan ke dasar cawan yang berkarat. Pasti mujarab! (Cara lain guna baking soda...berkesan jugak)



Seterika kita yang bahagian bawahnya dah berkerak sebab kita terhangitkan baju kemeja abang-abang boleh dibersihkan dengan garam. Caranya tabur garam di atas sekeping kertas putih dan lalukan seterika anda ke atasnya. Jangan lupa on plak ya...



Kalau sesiapa yang ada periuk belanga "cast ironed" yang berat tu, boleh bersihkan bahagian dalamnya dengan garam dan span. Garam kan macam kasar-kasar gitu so dia skrub kotoran dengan mudah tanpa merosakkan permukaan periuk belanga.




Kalau kita masak apa-apa dalam oven lepas tu tertumpah pulak kat dalam oven tu, kita tuangkan garam kat tempat yang tumpah tu (masa oven masih panas tapi jaga ya..jangan kena tangan ya waktu campak garam tu). Bila oven dah sejuk, lap dengan span basah. Berseri you!

Nota kaki : Petua ni bolehlah dicuba di rumah masing-masing. Keberkesanannya bergantung kepada betapa kuatnya kita menyental kotoran itu. Wokey...




14 comments:

  1. GARAM KASAR KE GARAM HALUS... HEHEHEH
    TQ BG PETUA

    ReplyDelete
  2. Ooooo...tq..Bagus petua ni....Mug kegemaran saya yg hari2 dituang nescefe tu mmg dah ada stained...nak sental lepas ni...:)

    ReplyDelete
  3. Bagus petua nie kniedaz...teringin nak cuba yg cuci cawan ngan iron...

    ReplyDelete
  4. yang iron tu boleh diaplikasikan.. hehehe

    ReplyDelete
  5. nice sharing. bnyk jugak gunanya garam ni kan. bole la cuba nnt. nak2 tang kat iron tu. :)

    ReplyDelete
  6. byk betul kegunaan garam..haaaaa..jgn tak tau kan..

    ReplyDelete
  7. Wahhh boleh try yg petua last tu. dok fikir2 juge nk sental oven tu mcmmn, now i know! Tq2 for sharing :D

    ReplyDelete
  8. part cawan/teko tu biasa kak guna tablet pencuci botol susu. rendam cawan/teko/gelas dalam besen, campak satu keping..tak yah sental..esok pagi, putih bersinar. tapi guna garam...jimatlah kos..heee
    p/s yg last tu baru tau hari ni..kak dah kasi apek jual paper lah. jenuh menyental tak jalan...apa nak buat

    ReplyDelete
  9. wahhhh...baru tahu...ehehe..good info..

    salam kenal..ila follow sini =)

    ReplyDelete
  10. wak pon xpenah guna oven jugakk.,ahHHKs

    ReplyDelete
  11. tang bab notakaki tu aku setuju sangat... hahaha

    ReplyDelete
  12. ini garam halus ke ibu garam ni? hehehe...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...