Minggu ni banyak entri tentang birthday party ye. Jangan bosan pulak. Huhuhu...3 dah lepas, tinggal lagi seorang je yang belum sambut birthday, Muhammad Danial Syahmi lambat lagi, bulan Julai nanti. Nasib baik waktu buat majlis minggu lepas Danial tak buat muka malah dia rajin sangat tolong saya ke kedai. Dia tolong beli ais, tolong tiup belon, tolong sapu anjung rumah, tolong gantung belon. Banyak juga yang dia tolong. Lagi satu, yang paling penting, dia tolong jemput kawan-kawan.
Hari Sabtu pagi tu Danish ada kelas Korikulum so dia tak sempat nak jemput kawan-kawan dia. Danial la yang bangun awal pagi, mandi dan pergi bermain dengan kawan-kawan. Sambil main, dia pun jemput sekali semua kawan-kawan yang ada. Sejak pi mengaji di rumah ustaz dalam taman kami ni, Danish dan Danial dapatlah ramai kawan. Sebelum ni, diorang tak ada kawan dalam taman perumahan kami sebab diorang bersekolah di daerah lain dan bila balik rumah dah petang/malam so takde masa nak cari kawan.
Sejak mengaji di situ, ramailah kawan mengaji dan kawan bermain bola yang mereka dapat. Tak la bosan sangat diorang kalau cuti hujung minggu. Tapi bila dah ada kawan, mama dia pulak jadi geram sebab kadang-kadang diorang ni panggil main tak kira masa, tengahari pun nak ajak main. Biasanya saya bagi main waktu pagi atau petang je.
Eh melalut panjang pulak. Insya Allah bulan Julai nanti boleh la buat majlis untuk Danial pulak tapi rasanya bulan Julai tu dah bulan puasa so tengoklah macamana nak buat nanti. Boleh juga kan buat majlis buka puasa untuk mereka kan? Hehehe...
Orang kuat tengah makan dengan kawan-kawan (Danial pakai jam tangan)
Hadiah birthday diorang ialah mesin basuh automatik muatan depan..hahaha
Yani tengah usaha nak masukkan Mickey Mouse dalam mesin basuh tapi abah dia tak bagi. Baju tu pun hadiah birthday juga, dah try takmo bukak pulak
Stroller baby doll ni pun hadiah birthday...semua kena ada dua kalau tak berebut
birthday orang kuat tu kena buat juga nanti.... lagi meriah
ReplyDeleteBetul tu Ain...birthday dia nanti kena buat juga..kena adil dan saksama gitu ^_^
Deletesib baik ada 'assistant' rajin menolong...
ReplyDeletelega gak le skit kan.....
cute la mesin basuh tu...
syiok lah yana & yani main ....
byk hadiah :)
Betul tu sis..ada orang kuat tu cepat sikit kerja di dapur. Hehe..Hari2 Yani dan Yana basuh kain huhuhu
DeleteCOMEL LA MESIN BASUH TU..KALAU ANAK DARA BUI TENGOK CONFEM DIA NAK JUGAK..DH LA KALER PINK...
ReplyDeleteSaya pun kadang-kadang curi2 buh sapu tangan dalam mesin basuh tu. Dia boleh pusing macam mesin basuh betul..boleh isi air juga..hehe..
DeleteMereka yg nak beli hadiah pun tahu kena beli dua.
ReplyDeleteDaniel nampak santun sangat walau kelihatan kawan dia ambil makanan di pinggannya. Suka kakak tengok:)
So sampai masa kena celebrate dia punya juga - kena adil tau
Betul tu kak..kena la adil sebab yang lain dah sambut dah...dia memang sporting sebab tak dapat hadiah pun dia cool..
Deleteseronoklah budak2 kalau ada party utk diorg ye. Hadiahpun cute2 je..hehe
ReplyDeleteBagus danial nie./dah boleh harap tlg mamanya..nanti kenalah jgk buatkan untknya kan... comel tuh mesin basuh yana yani tuh yer..hehe
ReplyDeletecntik hadiahnya..yui pun nak..hihi
ReplyDeletealahai..kiut betul hadiahnya..
ReplyDeletewah, menariknya hadiah.
ReplyDeleteCutenye mesih basuh tu... Mane beli ek.. Puas carik..
ReplyDelete