It's You!

Thursday, February 21, 2013

Dia dan Gadget

Salam,

Zaman sekarang ni, anak-anak walau sekecil mana pun dia, pasti dah tau pasal gadget. Tak kiralah handphone, ipad, psp. ps2, komputer, laptop dan lain-lain. Pandai pulak nak slide kalau smartphone.

Yani dan Yana pun apa kurangnya. Ketika baru berumur beberapa bulan pun dah kalut nak capai laptop kalau kita buka dekat dengan dia. Sekarang ni, jangan cakaplah, malam je suruh buka lagu bas la, gambar bulan la, mickey mouse la. Saya pun jenis suka download lagu2 simple dan zikir buh dalam handphone sebab senang tak payah la browse internet tiap-tiap kali diorang nak dengar lagu.

Yang abang-abang mereka pulak tak usah cakaplah. Sekejap-sekejap, "Mama..boleh online tak? Boleh buka FB tak? Boleh main game tak?". Selalunya saya bagi bila kerja sekolah dah siap dan perangai baik so dapatlah upah. Kalau time tak dengar kata, jawapannya selalunya "TAK BOLEH!" Diktator sikit la..hehehe...

Anak-anak korang macamana pula ya? Mesti ada yang macam anak-anak saya. Kadang tu kena gak berkeras tak bagi sebab tak mau biasakan mereka terlalu pulun dengan gadget je tapi tak boleh salahkan mereka juga sebab mak abah acu mummy semua hantu gadget!

Waktu boleh kongsi..

Waktu tak boleh kongsi

Waktu tengok aja

Waktu nak main tapi tak reti lagi hahaha

12 comments:

  1. Di panggil Generasi Y...mmg zaman utk mereka gadjet2 ni...Anak2 saya pun sibuk dgn gadjet..cuma kena tetapkan waktu, supaya mereka tak leka dan tetap buat physical activity.

    ReplyDelete
  2. Hmmm samalah budak2 zaman la nie..pantang kita bukak komputer jer dia pun ade perancanganlah jgk...heheh

    ReplyDelete
  3. mmg gini la gaya budak2 di zamn yg canggih ni..berbeza betul dgn zaman kita yg bayk bermain di luar...

    ReplyDelete
  4. same goes with my children. baik si kakak mahupun bambam. dua2 mmg ralit kalau dpt my hp. klau bagi hp nokia lama, confirm dia ngamok sbb x bole slide. hehehe

    ReplyDelete
  5. hahahaha... sama lah ngan anak saya... Firas yang baru 10 bulan pun tu pun ada hati nak main tab...

    ReplyDelete
  6. CikMat sejak kes dia men'shut-down'kan eee pad ayah dia,..dah tak berani nak pegang eee pad.hahahahaha...

    ReplyDelete
  7. Anak2 zaman skrg kaya dengan gadjet... sama lah tu dgn anak sy..kejap nak buka lappy, kejap2 nak pinjam HP lah..hehe..
    berbanding kita dulu, sgt jauh berbeza kan??:)

    ReplyDelete
  8. 2 Abdul takde FB sebab Ummi pun takde (berkorban). Depa boleh guna laptop, iPad, tab cuma pada hujung minggu (jumaat dan Sabtu sahaja). Dan nampaknya setakat ini, ianya dipatuhi. Setakat ni depa tak minta hp (dn masing2 takde hp) mcm sepupunya yg lain. Tak tahulah...anak akak ni style kampung. Main basikal, bela ayam, main bola, main badminton.. Agaknya Ida, kami dapat depa dah berusia, jadi nasib depa dapat mak ayah yang memang tak suka lama2 dpn gajet..

    ReplyDelete
  9. budak zaman sekarang ni mmg tak buta gajet.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...