Semalam petang, ketika mengambil Danial dari sekolah, ada satu kemalangan berlaku. Bukan kes langgar ke apa. Pak cik tu nak seberang longkang dekat ngan area sekolah. Kira jalan short cut la. Dia naik skuter, tiba-tiba mungkin dia terpulas minyak maka dia jatuh.
Saya cepat-cepat bawa Danial dekat..konon nak tolong. Kesian pakcik tu terketar-ketar. Mungkin dia terkejut. Belum sempat tolong, ada abang sorang ni berhentikan kereta dan tolong. Rupa-rupanya, pakcik ni bawa cucu kot dalam 3-4 tahun sebab tia-tiba pakcik tu terjun dalam longkang balik. Cucu dia ada dalam longkang. Time tu saya pulak rasa menggigil dan meremang, harap-harap budak kecik tu tak apa-apa.
Ramai yang tolong, saya tolong tengok je sebab dah ramai. Budak tu pun mungkin terkejut so lepas diorang angkat dia naik dia speechless sekejap. Tak lama lepas tu baru dia nangis. Tengok badan tak luka apa tapi saya tetiba jadi sebak. Macam nak nangis pulak tengok pakcik tu dan cucu dia. Pakcik tu dukung cucu dia untuk tenangkan dia. Saya harap, ada antara mereka yang bawa mereka berdua ke klinik untuk check-up.
Satu lagi yang saya rasa terharu ialah bila tengok ramai yang datang membantu. Memang ramai juga yang tolong tengok tapi itu sudah lumrah kalau ada kejadian seperti itu. Saya juga jadi sebak dan bangga tengok seorang budak lelaki yang sanggup campak beg dia untuk tolong adik kecil tu. Lepas solat maghrib saya siap berdoa untuk mereka berdua sampai menangis pulak. OOhhh...sensitif sungguh saya ni...
Ni cerita lain pulak. Sejak Isnin sampai Rabu, saya tak jumpa Mr Hubby. Bukan dia tak balik rumah, tapi sebab dia kerja shif malam, balik pagi sampai rumah jam 8 pagi atau 9 pagi. Saya keluar rumah jam 6.30 pagi. Bila saya sampai rumah jam 7 malam, Mr Hubby dah lama keluar pi kerja, jam 5.30 petang dia dah pi so mana nak jumpanya? Sampai Danish boleh tanya, "Mama, abah ni pergi kerja tak balik ke?" hehehe..lawak je..padahal kami tukar shif kat rumah. Semalam dia pergi kerja lambat sikit so balik rumah dia still ada kat rumah. Yang lawak dia suruh kami buat "yeay yeay...abah balik!" ramai-ramai. Hari ni takpe..dia dah start cuti so pagi tadi saya cuma bawa Danish je ke sekolah. Petang nanti, Mr Hubby pulak hantar Danial. Nak buat macamana...dah cari rezeki, redha je la.
Nah saya hidangkan sekeping gambar yang cantik dan sepotong ayat/zikir untuk tatapan dan amalan korang buat pembakar semangat untuk kerja hari Khamis yang indah ni. Daaaa!
Seronoknya bersantai di tepi pantai secantik ini. Cathedral Cove, New Zealand.
kesiannya pakcik dan anak kecil tu. mujur xde pape yg berlaku kan. mujur ramai yg masih prihatin nak membantu.
ReplyDeleteala siannya sis x dpt jumpa asben. kalau saya ngah preggy ni, mesti dok nangis je sbb saya pun pergi n blk kerja lbh kurang mcm sis jugak. mujurlah husb bekerja sendiri, senang nk manage time. sabar ye.
Kakcik turut sebak baca kisah pakcik dan cucunya itu...
ReplyDeleteBUI BACA PUN TERASA SEBAK SBB BUI BYGKAN WAJAH PAKCIK TU..HUHUHU
ReplyDeleteKesian dan sedihkan baca cerita pakcik tua tuh ngan cucunya..alhamdulillah mereka tak der apa2...
ReplyDeleteizan yg baca kisah pakcik tu pun terketar2 dibuatnya kak. mudah2an dia dan cucunya tu takde apa2.
ReplyDeletemmg sedih. terbayang2 rupa org tua kita pulak.
ReplyDelete