It's You!

Thursday, February 14, 2013

Aktiviti 4 Beradik Di Kampung

Salam,

Tenung lama-lama pun mesti korang tak nampak apa yang diorang ni tengok. Bila balik kampung, macam-macam yang diorang jumpa. First time nampak katak secara live. Biasalah ...rumah kampung, katak dok lalu dalam rumah dari dapur ke bilik air macam biasa je tapi diorang punya la excited. Yani dan Yana siap nangis-nangis nak kejar katak tu..padahal katak pun dah lesap. Esoknya, tok Madah tangkap katak 2 ekor bubuh dalam plastik, bagi diorang tengok. Si abang-abang pun sama jakunnya. Bila dah boring, baru saya suruh si abang lepaskan katak dalam parit depan rumah. Hehehe...

Diorang nampak cicak kubing yang besar. Punyalah lawak....cicak tu minum air kat kalbat (bekas isi air hujan)...diorang siap jerit-jerit tengok cicak besar tu. Lepas tu Cik Man diorang pasang perangkap tikus...dapat seekor tikus kecik. Punyala kalut suruh buka perangkap tu nak pegang. Aiyark...

Gambar bawah ni..teka diorang tengok apa? Kalau korang tau, mesti korang bantai gelak je. Diorang tengah tengok......












AYAM


Nampak tak?


Kat hujung gambar tu? Hish....kesian budak-budak sekarang...ayam pun jumpa sekali-sekala je. Itu pun excited terlebih macam jumpa harimau..hehehe....


Ayam pun jauh nun di tepi jalan tapi tetap excited nak tengok

Yana Si COmel mama ni dah tak larat tengok ayam so dia landing kat tepi pintu...suka gambar ni..

8 comments:

  1. Hehehe..biasalah budak2 bandar mana biasa tgk binatang2 secara live..bagus jgk pendedahan nie..kurang2 depa dpt pengalaman baru..:)

    ReplyDelete
  2. "AGAK-AGAK kalau bukak zoo ayam orang datang tengok tak? mmm..." -yana-

    ahaks.

    kueh

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..selamat petang...

    ReplyDelete
  4. HIHI..MMG BUDAK BANDAR PURE LA DORANG NI

    ReplyDelete
  5. hihik... sama mcm anak buah deno yg tinggal kat johor, kalau balik kampung, suka sangat dapat tengok ayam... hihik

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...