Kalau tadi dah cerita tentang Birthday Boy, Muhammad Danish, sekarang kita story pulak tentang the Birthday Girls, Nur Dayani Hayfa dan Nur Dayana Hayfa.
Hari ni, 18 Februari 2013, maka genaplah umur mereka berdua 2 tahun. Dua-dua makin lasak dan makin bijak. Tak larat nak melayannya. Masing-masing punya perwatakan yang berbeza. Kadang-kadang boleh tolak-ansur tapi selalunya pasti ada suara diorang nangis sebab berebut. Padahal, semua benda dah beli dua, sorang satu tapi mesti nak berebut juga. Semoga bila meningkat dewasa, tak ada lagi kes berebut ni...bahaya!
Mama lahirkan mereka melalui pembedahan pada 18 Februari 2011. Mula-mula nak minta tarikh 19 haribulan sebab nak susun tarikh birthday (Mr Hubby 16, Danish 17, Danial 18, Twin 19, Mama 20) tapi doktor kata 18 tu sedang elok hari Jumaat dan kandungan pun dah cukup hari so kami pun ikut je kata doktor.
Pengalaman melahirkan anak secara pembedahan dia punya tension lain sungguh. Takutnya lebih pulak bila dengar cerita sakit sangat bila doktor bius kita sebab kena melengkungkan badan..lepas tu terbayang doktor belah perut kita..huhuhu...Tapi ketika saya dibius walaupun kena bantuan orang bengkokkan badan kita, tak lah sesakit nak meneran secara normal. Betullah orang kata ketika melahirkan anak ni nyawa kita seolah-olah di hujung tanduk. Alhamdulillah, jam 9.08pagi dan 9.11pagi kedua-dua puteri selamat dilahirkan. I'm a happy mommy sebab macam beli 1 percuma 1..hehe
Waktu membesarkan mereka memang sangat memerlukan kesabaran dan sokongan ahli keluarga. Bayangkan kita kena attend kepada keperluan dua orang bayi. Nasib baik mak, MIL, mak saudara dan adik-beradik ada membantu. Memang sangat terhutang budi dengan mereka semua.
Yani dan Yana...walaupun kamu berdua masih lagi kecil, mama harap kamu akan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun kamu sangat berbeza dari segi fizikal dan mental, kamu tetap saudara kembar. Mama sayang kamu berdua sampai akhir hayat.
Lahir-lahir pun tak sama besar...hehe
Yani memang bambam sejak baby..Yana maintain comel je
Waktu rambut tak banyak lagi
Sekarang rambut dah panjang..boleh tocang, siput, ikat pokok nyioq hahaha
Happy birthday sayang mama...love you two!
hepi besday twins :-))
ReplyDeletesebaya my adeel rupanya ..tgh lasak kan .
gambaq baju baru sambil berdiri plssss... hahaha
ReplyDeletehappy birthday yana & yani!
ReplyDeletep/s : geramnyaa tengok pipi yani..~
kembar tak seiras ye....
ReplyDeletebeli 1 percuma 1... hmmm macam best je...
Dua2 pun comelll...
ReplyDeleteYana & Yani moga menjadi anak yg solehah ya sayang.. menyejuk kan hati ibu & ayah..amin!
sama plak birthday depa dgn hero sy yg sorang tu..:)
comelnyer...happy besday comel..
ReplyDeletehappy birthday si kembar comel yana & yani.Semoga membesar jadi anak yg solehah n cemerlang dunia akhirat.
ReplyDeletehappy birthday si kembar comel yana & yani.Semoga membesar jadi anak yg solehah n cemerlang dunia akhirat.
ReplyDeleteada beza ye si twin ni.
ReplyDelete