It's You!

Monday, February 25, 2013

A Little Gift

Salam

Kalau Danish gi mana-mana tanpa mama, mesti dia akan belikan mama sesuatu. Selalunya dia akan belikan mama keychain sebab dia suka kumpul keychain dan biasanya keychain tak la mahal sangat. Sesuailah dengan bajet seorang budak berumur 10 tahun.

Semalam BIL,  mummy, Danish, Danial dan seorang kawan BIL pergi ke Autocity Juru. Kat sana malam-malam ada bazar yang jual baju-baju, barang perhiasan dan lain-lain. Saja jalan-jalan kat sana. Tu yang belikan keychain kat mama dia ni. Lepas berjalan kat Autocity, diorang pi makan char koew tiau kat Sungai Dua. Saya tak ikut sebab tengokkan si kembar ni..lagipun mr hubby kerja shif malam so tak best kalau pi dia takde.

Terima kasih Danish sebab belikan mama keychain comel ni. Mama tengah fikir nak letak kat mana la agaknya...hehehe
Bila balik malam tu, dia masuk bilik saya dan jenguk tengok saya dah tidur ke belum. Lepas tu, dia keluar ambil kotak keychain tu (sanggup tambah RM2 untuk beli kotak cantik tu pulak ^_^). Dia bagi kat saya dan kata "Nah mama, Danish beli kat mama," Saya pun ambil dan buka sambil kata "Wow...cantiknya...terima kasih Danish. Danish beli guna duit Danish ke?" Dia kata "Haah...Danish pun beli satu, adik pun beli satu". Bila kita kata cantik dan wah....wah....dia pun senyum rasa seronok. Hehehe....Perangai dia serupa dengan abah dia, tak kedekut kalau ada duit. Kalau dia duk diam-diam je tu maknanya dia takde duit. Dah faham dah..hehe

9 comments:

  1. auuuwww...suweet!
    kak,tukaq font kak.tak boleh baca sgt.konpius.hahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, seronok rasa kalau anak2 kecik2 lg dh ingatkan kita mn diorg pergi ye. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Shu..rasa terharu sangat...hehehe

      Delete
  3. besar maknanya kat kitakan..
    semoga sifat pemurahtu memberikan kebaikan padanya...
    tang kalau dah takder samaler cam akak...
    kalau ada penuh peti ais.. kalau takder tu ala kadarjerel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..macam tu la kan kak...kita ni terima aja...janji semua keperluan cukup, tak bunyi dah

      Delete
  4. Baik nya Danish... sejuk hati perangai anak mcm tu kan..moga smpai besar mcm tu..tak lupa Ibubapa & adik2 klu pegi mana2..
    walau pun benda2 kecik je depa belikan, tapi tetap terharu bila anak yg belikan...:)

    ReplyDelete
  5. Bagus betul danish nie..tetap ingatkan mama wpun dimana..contoh yg baik utk adik2nya..

    ReplyDelete
  6. a little gift that means a lot ok....
    sangat2 suweeeeetttt lah danish nie....

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...