It's You!

Saturday, February 2, 2013

Santai

Salam

Oleh kerana Mr Hubby tiada di rumah, maka kami pun makan santai je. Balik dri hantar Mr Hubby singgah pasar beli bahan untuk masak makan tengahari. Sampai rumah tengok kat dapur ada nasi sejuk semalam. Goreng nasi, panaskan sambal tumis sotong dan buka bungkusan roti canai (beli 4 keping roti canai)...lepastu makan dengan mak, mummy yon, yani & yana. Abang Danish dan Abang Danial ada rumah Mil lagi sebab pagi tadi diorang ada kelas kokurikulum.

Bila dah makan nasi goreng bagai...makanya dah kenyang. Rumah dah kemas so rilek dengan yani dan yana. Tak jadi masak tengahari..postpone ke petang.

Petang tdi goreng ikan, buat sup sayur,  dan ikan pari masak lemak cili api. Mak yang masak lemak..saya cuma masak sayur je. Tak boleh buat kerja kalau ada si kecil ni. Macam-macam dia nak. Tengoklah tu...nak duduk atas kabinet.

Nota kaki : Mr Hubby dah selamat sampai Krabi...mesti letih. Diorang pergi konvoi naik motor dan sebuah kereta. Mr Hubby kata dia pi ni sambil survey tempat dan jalan sekali. Insya Allah len kali boleh pi family pulak.



4 comments:

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...