Zaman sekarang ni, kita begitu mudah menjadi stress. Stress pun ada banyak sebab. Kadang-kadang dengar masalah orang pun boleh stress, dengar anak-anak bergaduh pun boleh stress, cara letak berus gigi dan picit ubat gigi pun boleh jadi punca stress. Nampaknya, ramai la yang mengunjungi pakar psikologi hanya kerana masalah-masalah kecil.
Tak perlu stress. Stress memang ada di mana-mana dan muncul bila-bila masa, tak dapat nak elak. Tapi kita boleh kurangkan stress dengan pelbagai cara. Kat bawah ni saya nak kongsi sedikit yang saya baca di internet. Tentang benda-benda ringkas yang boleh kita lakukan untuk menceriakan hari kita. Ready??
1. Kemas Katil Kita
Bayangkan katil kemas, berbau wangi dan cantik hari-hari. Mesti seronok nak duduk kat dalam bilik
melayan hati duka.
2. Letak Balik Barang di Tempatnya Semula.
Ko stress tak kalau orang dalam rumah ambik barang lepas tu pi letak kat tempat lain. Stress tau tak.
Nanti nak mencarinya mula la marah-marah sebab tak jumpa. (Hoh..ada kaitan ngan entry pagi tadi pulak
pasal marah..hehehe)
3. Letak/Pamerkan Barang-barang yang Menggamit Kenangan
Indah Anda dan Keluarga
Dengan melihat barang-barang/gambar ini, mungkin anda akan jadi lebih rileks dan tidak terlalu
memikirkan masalah yang melanda korang.
4. Buat Sesuatu Perkara Walau Sekecil Mana Untuk Pasangan
Kita Tanpa Meminta Balasan
Contohnya tetiba nak shavekan misai hubby ke, tolong inai rambut dia ke atau kemaskan barang-barang
dia. Tapi make sure lepas kemas barang dia, ingat kat mana letak...nanti dia cari tak jumpa, kita jugak
yang dimarahnya.
5. Dalam Sehari, Call Seorang Teman Rapat atau Ahli Keluarga
Walaupun Sekejap.
Selain dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, sekurang-kurangnya kita tak lah rasa keseorangan
jika berlaku kesusahan. Bukan untuk mengadu tetapi sekadar bertanya khabar saja.
Banyak-banyak tengok gambar-gambar cantik yang menenangkan fikiran...
6. Dekatkan diri dengan Allah. Mungkin baca beberapa ayat Al-Quran, atau merenung
kejadian alam yang sangat indah. Insya Allah, rasa stress itu akan berkurangan.
ha'ah kan... :)tips yg baik:)
ReplyDeleteWAH,CANTIKNYA GMBR TU..MMG KURANG STRESS KALAU TENGOK GMBR MCM TU
ReplyDelete