It's You!
Sunday, February 10, 2013
Direnjis-renjis Dipilis
Salam
Letih... Bukan letih apa pun...letih melihat ramainya orang di rumah kenduri. Kami sampai semalam lepas Zohor. Sampai waktu kemuncak gitu. Waktu tu ramai la tetamu. Sampai-sampai mak yang sambut kami. Hari Jumaat malam kami dah pergi rumah kenduri..kami sampai lepas maghrib. Mak tidur rumah kenduri tapi kami balik.
Sampai je tengok ada macam-macam gerai yang ada. Ada gerai roti canai dan murtabak, ada gerai roti kebab, ada gerai bakar ayam dan nasi bersama lauk-pauk. Ada ruangan pencuci mulut...tapai pulut, taufufa dan bubur kacang. Tapi yang paling best...dan mesti jarang ada di rumah kenduri lain ialah gerai air dengan 14 jenis air! Sangat teruja!
Sepupu saya ni ibu tunggal. Menyara hidup dan anak-anak dengan menjual air di tepi jalan betul-betul dekat dengan sekolah mene
ngah di ayer hitam. Dari rumah kecil..sampai boleh besarkan rumah dan menyara anak2 sekolah. Speacility dia la buat air. Semua air yang dia buat berasa...kalau tembikai..memang rasa tembikai...macam tu la...
Ni kenduri anak perempuan tunggal...ada dua orang anak lelaki.. Alhamdulillah..kerja pun bagus...so dapat menantu pun kerja elok..sesuai gitu..mesti dia rasa lega bila selesai semua hal kenduri ni.. nanti saya upload gambar...susah la guna application blog ni dlm phone..dari semalam nak publish asyik fail je..sebelum ni ok je..huhu
Nanti kita cerita tentang yang lain ya...daa untuk kali ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
letih kann makk., uHUu
ReplyDeleteoh..jalan2 kenduri ye?..best jugak kan..
ReplyDeletebanyak nya 14 jenis air?? puas nak minum..hehe..
mesti meriah kan? :)