It's You!

Tuesday, February 19, 2013

Ubat Gigi

Salam,

Petang ni kita santai-santai je ya. Meh kita kongsi petua sikit. Saya kongsikan apa yang saya baca di internet seperti selalu. Kali ni kita kongsi tentang ubat gigi. Selain untuk menggosok gigi supaya gigi bersih dan segar sentiasa, ubat gigi juga ada kegunaan lain.


1. Menghilangkan kesan krayon di dinding.


    Bubuh sedikit di atas kain kemudian gosok perlahan-lahan di tempat yang diconteng oleh tangan-tangan
    Picasso kecil di rumah tu. Lepas tu bilas dengan air.
    Cara lain, guna hair dryer untuk panaskan krayon tu..bila cair je terus skrap dengan pisau, lepas tu lap
    dengan kain lembab. Kalau tak hilang juga, buat paste baking soda tambah sikit air dan gosok ke tempat
    yang kena krayon tu, lepas tu bilas. Kalau tak keluar jugak, pi kedai cat beli cat baru, revamp je dinding
    tu. hehehe


2. Menghilangkan bau bawang di tangan


    Maklumlah, semalam gi rewang umah Wak Nan kena kupas bawang merah dan putih sebesen besar,
    makanya tangan pun bau bawang je. Jalan malam-malam pontianak pun takmo dekat. Cara nak
    hilangkannya, ambil sedolop ubat gigi dan lumur ke tangan. Lepas tu basuh tangan bersih-bersih. Bersinar-
    sinar you tangan i!



    Ok..yang ni petua lain pulak ya. Takde kena mengena dengan ubat gigi. Kadang-kadang pakaian yang
    kita pakai akan melekat ke badan sebab statik kan. Lebih-lebih lagi bila dalam aircond. Asyik melekat kat
    kaki je. Ada petua untuk menghilangkan statik tu. Caranya pinkan safety pin di bawah lipatan kain    
    atau baju yang kita pakai. Insya Allah, baju kita tak melekat di badan lagi.

7 comments:

  1. bagus petua2 ni! terutama cara utk menghilangkan statik pada kain. I beli spray utk hilangkan statik tu, tapi kali ni boleh try pin kan safety pin pulak...jimat belanja...

    ReplyDelete
  2. petua yg bagus ni! bolehlah diamalkan :)

    ReplyDelete
  3. kecik2 dulu kat kg, kalau tangan melecur kena minyak panas, selain kicap, mak suruh sapu ubat gigi...

    ReplyDelete
  4. baru tau petu2 ni semua kak... hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...