It's You!

Thursday, February 21, 2013

Ayer Hitam - We Are Coming!

Salam,

Lupa pulak nak cerita. Kisah balik kampung tempoh hari. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak singgah Ayer Hitam, Johor, walaupun untuk jalan-jalan. Kami pergi Ayer Hitam dua kali. Kali pertama, selepas balik kenduri tapi waktu tu hujan so tak dapatlah nak turun jalan. Kali kedua sebelum balik. Kami balik lalu tol Ayer Hitam so memang wajiblah singgah.

Apa yang kami beli di Ayer Hitam kali ni...kami beli keladi, pisang tanduk dan bear-bear untuk Yani dan Yana. Mereka berdua memang tak pernah sampai lagi so bila lalu je nampak banyak anak patung dan permainan, mereka siap lompat-lompat dalam kereta nak keluar. Memang sah-sah kena beli sesuatu untuk mereka kalau tak mengamuk la. Itu pun Yani dah nangis dah sebab kami lambat belikan dia anak patung. Kami belikan Boboiboy dan Yaya untuk mereka berdua. Masuk kereta terus peluk anak patung masing-masing dan tidur sepanjang jalan sampai KL.

Okla...layan gambar je la. Hehehe....

Macam-macam ada...

Tengok tu...banyak kan anak patung...ni baru satu kedai...

Rambang mata tau kalau datang sini..hehehe

Kedai mainan lagi..dan lagi

Yang ni wajib beli bawa balik..kat Penang takde keladi ni..goreng cicah sambal kicap yummy!

6 comments:

  1. maaf bertanya, ayer itam mn ni?

    ReplyDelete
  2. tempat yang lama akak tak pergini.. sekarangni gi johor singgah JPO... tu ler pasalkan...
    sedap yerk goreng..

    ReplyDelete
  3. WOW..BYKNYA PILIHAN..BUI TENGOK PUN DH RAMBANG MATA..

    ReplyDelete
  4. dah lama tak pegi sana....
    dulu beli tirai manik dari kayu keras

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...