It's You!

Friday, February 22, 2013

Jauh Perjalanan Kami Hari Ni

Salam,

Selamat pagi Jumaat teman-teman sekalian. Amboi...bunyinya macam pembuka bicara rancangan kanak-kanak pulak ye. Hari ni saya mengikuti rombongan staf library ke lawatan susulan ke dua rumah anak-anak yatim di bawah Program Misi Iqra' Perpustakaan UiTM Pulau Pinang. Program tahunan perpustakaan ini merupakan salah satu cara kami menyumbangkan bakti, keringat dan wang ringgit kepada anak-anak yatim di sekitar kampus.

Sudah tiga tahun kami menjalankan program khidmat masyarakat ini. Kali pertama kami ke Rumah Anak-anak Yatim Abu Nur di Pengkalan Hulu, Kedah. Lepas tu kami ke Pertubuhan BELA Didik Anak Yatim Islam di Kulim dan tahun lepas kami ke Rumah Gemilang, di Sik Kedah. Lawatan hari ini adalah bertujuan untuk memantau perkembangan mereka dan bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan. Tahun ni kami masih lagi mencari rumah-rumah anak yatim lain yang memerlukan bantuan.

Misi Iqra' ni sepadan dengan namanya, motif utama adalah untuk membina perpustakaan mini di tempat mereka. Sesuai dengan bahagian kami, perpustakaan so kami memberikan sumbangan dalam bentuk yang kami rasakan kami ada kepakaran. Harapan kami, sedikit sebanyak sumbangan kami ini dapat membantu pembelajaran mereka.

Kalau melawat mereka, mesti rasa tersentuh. Bayangkan anak-anak yang masih kecil terpaksa tinggal tanpa ibu bapa. Ada juga yang dihantar oleh ibu atau bapa kerana kesempitan wang. Waktu tu mesti teringat anak-anak di rumah. Apa agaknya akan terjadi kalau kita tiada? Insya Allah program Misi Iqra' akan datang, saya berhasrat untuk membawa Danish dan Danial untuk sama-sama membantu mana yang patut dan memberikan mereka pendedahan tentang kehidupan orang lain yang kurang bernasib baik. Balik nanti saya akan kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar di sana ya.

Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadits ini Rasulullah saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya

Perjalanan kami nanti mungkin terasa jauh sebegini..sekadar gambar hiasan

7 comments:

  1. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. :)

    ReplyDelete
  2. salam jumaat mak kniedaz tuu yee.. ehhHhe

    ReplyDelete
  3. Bagus program begini..sekurang2nya dpt membantu mrk yg kurang bernasib baik..dan menambah kesedaran pd kita jgk..

    ReplyDelete
  4. selamat beramal.. semoga amalan mendapat keberkatan.. umur dah meningkatni akak teringin nak join pertubuhan amal.. seronok tengok orang gembira dengan bantuan kita...
    dulu atok akak kalau nampak anak yatim memang dia suruh datang dekat nak usap kepala budaktu.. isyh rindu lak kat arwah atok...

    ReplyDelete
  5. mudah2an usaha yg dilakukan akak n rakan2 mendapat ganjaran yg besar dari Allah.

    ReplyDelete
  6. Bagus dapat pergi tempat begini ida...
    Lembutkan hati kita...
    Semoga kalian semua mendapat kebaikan dari Allah SWT..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...