It's You!

Wednesday, January 23, 2013

Beg Sekolah

Salam,




Pagi-pagi topik di HotFM ialah tentang beg sekolah anak-anak yang berat. Katanya, bukan sebab jadual waktu pembelajaran dah sekarang tetapi sebab anak-anak kita suka bawa benda yang tidak sepatutnya ke sekolah. Dikatakan lagi, jadual sekolah sudah anjal so alasan beg berat tidak lagi menjadi subjek utama.

Feedback daripada pendengar kata, ada anak-anak mereka yang bawa air kotak yang dapat free tu ke sekolah tak keluarkan sampai ke sudah. Ada juga yang bawa kertas-kertas contengan. Ada cikgu kata pula, murid-murid bawa ipad, laptop.

Bagi saya, walaupun jadual dah anjal, tapi beg masih berat tapi takla seberat beg budak-budak KBSR. Macam Danish, dia still dalam KBSR manakala Danial dah guna KSSR. Banyak buku-buku KSSR yang disimpan oleh cikgu di sekolah so beg Danial tidaklah berat. Beg Danish memang berat.

Cikgu pun mainkan peranan juga. Satu subjek ada buku teks, buku aktiviti, buku latihan. Kalau hari tu nak guna buku teks saja, mungkin tak perlu la budak-budak bawa buku yang lain. Itu pun dah jadi satu penyebab mengurangkan keberatan beg sekolah.

Nota Kaki : Itu pandangan saya la. Mungkin ada cikgu yang praktikkan perkara sedemikian, mungkin ada yang tidak. Cikgu-cikgi sila la beri komen buat ibu-ibu dan bapa-bapa yang dalam kesamaran ni..hehehe..

16 comments:

  1. Kesian budak2 KBSR bwk beg2 berat...rsnya dulu KBSR jugak tapi beg takde lah berat sgt ..siap tinggal dlm meja lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak boleh tinggal buku bawah meja sebab kelas pagi petang ada ..takut hilang la pulak...diorang ni patut ada locker kot

      Delete
  2. Tapi beg sekolah Faiz tetap berat juga walaupun dah ada jadual. Ada buku teks, buku aktiviti 2 jilid, buku latihan.

    ReplyDelete
  3. Betul Niedaz. Kakak pun hairan satu hari kalau contonya BM dah ada 4 buku - text book, activity book and 2 exercise book. Belum lagi mathematic, science dll. Bayangkan kalau 4 subject dah 16 buku. Itu yg berat. Jadual anjal tak anjal tapi kakak lihat beg anak kakak memang berat. Tiap malam kakak periksa supaya tak ada yg terlebih tapi realitinya memang kena bawa dah itulah yg jadi beban berat pada beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan kak...takkan la semua buku tu guna dalam masa sehari? emmm..tak faham betul la...hehe

      Delete
  4. Kadang2 kesian tgk anak2 bawa beg berat2 ke sekolah kan?.. smpai senget bahu dibuat nya..tak bagus utk tulang mrka..
    salam kenal..singgah follow sni #208:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kesian kat diorang..kita bawa pun senget bahu..inikan diorang

      Delete
  5. Saya pelik...kenapa susah sgt nak buat LOKER di sekolah..
    Sekolah2 di negara maju sediakan loker...
    jadi pelajar2 hanya perlu bawak beg kecil sahaja...utk isi bekal/barang2 peribadi lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan...so..budak2 boleh bawa buku yg ada latihan je ke rumah...takla berat semacam

      Delete
  6. Kalau jadual itu ikut perancangan, tak jadi masalah sangat.
    Yang jadi masalah bila aku tanya anak, e.g. subjek BM apa esok.
    Tak pasti, so kena bawak semua buku pemahaman, penulisan, teks, kerja dll..
    Nak pakai cuma salah satu je...

    ReplyDelete
  7. beg anak saya pun berat sis. mana taknya, tiap2 hari ada 5-6 subjek. ada buku teks, buku aktiviti dan buku tulis. cikgu pula tak inform kt murid2 buku ape yg kena bawa. sudahnya semua buku utk subjek aritu semua dibawa. tu yg jadi berat.

    ReplyDelete
  8. ehm tak boleh komen sebab anak abru masuk darjah satu..
    tapi dah tiga mingguni tak dapat buku teks .... lagiler tak leh komen..
    jadual waktupun takder.. susah nak kata..

    ReplyDelete
  9. salam kenal kak..saya ni takde lagi pengalaman anak sekolah, baru tadika..hihi, so, takde pengalaman lagi dalam hal ni.. saya follow akak jugak yer..

    ReplyDelete
  10. Oooo, bila dah tukar ke KSSR.. beg dah tak berat la yer....
    Anak-anak saya kat sini mmg tak bawa beg yg berat.. sekolah cuma bagi satu buku jer utk buku homework yang anak2 selalu bawa balik :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...