It's You!

Thursday, November 22, 2012

Alhamdulillah

Salam,

Selamat pagi semua. Semoga semuanya sihat dan dilindungi Allah sentiasa hari ini. Hari saya pagi ini dimulai dengan rasa kesyukuran yang amat sangat. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan segala nikmat hidup yang baik kepada saya dan keluarga. Walaupun kami ni tergolong dalam golongan marhaen, biasa-biasa saja tapi Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada walaupun sekadar mencukupi keperluan. Eh...melalut pulak saya ya di pagi hari.

Alhamdulillah, semalam petang balik dari pejabat, sampai di depan rumah nampak dua anak dara comel sedang bermain di pagar rumah. Nampak je saya dalam kereta, masing-masing dah menjerit, "Mama, mama!" Waktu tu terasa wah ....indahnya hidup ditemani anak-anak. Si kakak dah sibuk nak suruh saya masuk yang adik sedang leka mengusung raket badminton kepunyaan abangnya ke sana ke mari. Ya...kawan-kawan....dia MENGUSUNG KE SANA KE MARI dengan langkah yang sangat yakin. Berlari lagi pulak tu. Alhamdulillah...Yana dah berjalan da berlari seperti biasa semalam. Betkat doa kawan-kawan juga ya...terima kasih!

My sweet little bunny...


Allah itu sentiasa menguji hamba-hambaNya kan. Ujian buat kami datang melalui kesihatan sekeluarga tapi redha juga walaupun hati memang sangat risau. Satu lagi, saya sangat takut dengan perasaan hasad dengki manusia terhadap manusia lain. Perlukah perasaan itu sedangkan Allah sudah menulis di dalam Qalamnya tentang rezeki, ajal & maut seseorang. Tak perlulah berasa iri sekiranya orang lain lebih daripada kita tetapi cubalah kita usaha supaya jadi lebih baik atau setara dengan dia. Kadang-kadang rasa sedih sebab bila hasad dengki ni ada, perhubungan antara saudara-mara, sahabat-handai boleh terjejas. Sanggup juga mereka ini memutuskan silaturrahim hanya kerana harta dan kekayaan yang tak seberapa.

Biarlah...janji kita tidak berperangai sebegitu. Redha je dengan apa yang terjadi. Jadikan pengajaran apa yang berlaku kepada kita dan mulakan hidup baru. Rezeki ada di mana-mana. Ye kan?


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِ خْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٠)
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu.
(al-Hasyr: 10)

Matahari sedang menampakkan dirinya di pagi hari. Semoga pagi kita ceria seperti sang mentari ^_^


Nota kaki : Luahan hati di pagi hari. Sebagai peringatan buat diri sendiri dan kawan-kawan. Have a nice day!

6 comments:

  1. Alhamdulillah dengan berita gembira ini.. tumpang happy for yana, you & family...berkat kesabaran..

    ReplyDelete
  2. Bila kita sampai umah.. mmg anak2 la yg paling teruja kan.. sama je nani kat sini.. walaupun anak yg besar tu dah besar bangka... sibok kalau mama abah balik keje.. tot tet dok sembang tak abis.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Salam.. betol tu. Kita hidup ni x lari dr macam dugaan..hasad dengki manusia. Sabar je lah sesabar yang boleh. Lagi satu.. betol rezeki manusia dah ditetapkab masing2.tinggal nak usaha je kan . :)doa sangat2 mintak jauh diri sendiri pon berhasad dengki pd orang lain jgk.

    ReplyDelete
  4. salam kenal...tq sudi singgah blog akak..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal.Mmg hilang letih balik dr keje klu bukak jer pintu..anak2 sdg menunggu...



    p/s:Klu berminat dgn pemanggang ajaib...jemput la singgah ke blog akak ya.TQ

    ReplyDelete
  6. minta2lah keluarga kita semua dijauhkan dari hasad dengki manusia kan kak...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...