It's You!

Tuesday, November 20, 2012

Harimau Malaya & Yani

Salam,

Pagi ni saya start kerja jam 9 pagi tapi kena balik lambat la...6.30 petang. Takpelah...seminggu sekali je. Oleh kerana pi kerja lambat dan hubby ada job awal, so saya drive sendiri pagi ni. Sepatutnya saya bawa Danish sama sebab dia ada latihan Kelab Kesenian dan Kebudayaan hari ni dan esok tapi jam 6.30 pagi hubby dapat sms daripada cikgu dia mengatakan latihan untuk hari ni dibatalkan. Saya keseorangan la pagi ni memandu.

Dalam kereta dengar pasal perlawanan bola sepak Ahad ni antara Harimau Malaya dengan Singapura. Mesti game best. Saya kurang berminat tengok bola sepak tapi yang kat rumah semua minat bola. Mak saya pun minat betul bola. Kalau tengok bola tu, penuh perasaan betul. Saya cuma suka mengusik diorang...5 minit sekali saya jerit gol! Tension diorang dengan perangai saya ni..hehehehe...si kembar tu pun pandai tengokk bola. Sibuk juga jerit Gol! Gol!

Jom pakat sokong Harimau Malaya ahad ni ya...Go go go! Harimau Malaya!


Alhamdulillah, malam semalam saya nampak Yana dah mula memberanikan dirinya untuk berjalan. Nampak steady sikit langkah dia berbanding sebelum ini. Sekarang ni, kalau nampak dia nak ke mana-mana, kami akan dirikan dia dan suruh dia berjalan. Biar dia biasa berjalan semula, nak hilangkan fobia dia tu. Malam tadi, jenuh mak dan saya jerit kat dia suruh turun. Dia panjat sofa dan bergayut-gayut tepi buaian dia. Adoi la....takpela Yana..panjatlah...jalanlah..lepas ni larilah balik...janji anak mama sihat. ^_^

Terima kasih Hitomi dan Jassnani sebab jawab soalan saya dalam entry semalam. Hehehe...sebenarnya dalam kepala dah ada jawapan semua soalan tu cuma saya suka nak tau pendapat orang lain. Lebih-lebih lagi, pendapat orang yang lebih berpengalaman dalam bidang2 tersebut. Kalau ada yang nak bagi pendapat lagi, silalah komen. Lagi banyak, lagi best.

Lastly, hari ni saya mulakan hari dengan bersembang dengan Yani. Awal pulak dia bangun pagi ni. Sambil saya bersiap, dia naik atas katil ditemani oleh abang Danish.

My cheeky girl. Sangat petah bercakap walaupun pelat di sana sini.

"Mama pakai bedak tak?" Yani tanya dengan pelatnya.
"Mama nak pakai bedak la ni. Jom pakai bedak"
Dia dah standby sebelah beg mekap saya yang comel tu. Dalam tu cuma ada bedak Ronasutra, Lipbalm, 2 batang lipstick, pemerah pipi, pelembab dan mini parfum. Tak reti bermekap sebenarnya.
"Ni apa?" tanya Yani sambil pegang botol minyak wangi
"Itu minyak wangi"
Dia buka penutup dan tuang atas tangan. Dah habis sebenarnya tinggal beberapa titik. Saya biarkan.
"Wangi tak? Cuba cium..." Hubby kata sambil dekatkan tangan dia ke hidung. Hubby pun baru sudah mandi waktu tu. Yani dekatkan tangan ke hidung.
"Wanginya!!!"
Kami pakat gelakkan dia. Dah namanya pun anak perempuan, pandai betul nak berhias diri tapi tak pandainya bila nampak mama nak naik kereta dia nak ikut. Nangis berjurai-jurai airmata. Mak letak dia dalam van, baru dia diam so dapatlah saya bertolak tanpa ditemani teriakan si Yani.

Selamat bekerja rakan-rakan!

Nota kaki : Mulakan hari anda dengan senyuman. Moga dapat mengurangkan stress yang bersarang di dalam diri. ^_^

11 comments:

  1. Hari ni harimau lawan bangladesh kan.. hmmm.. kitorang tak bape minat bola.. tapi kalau dengar sorakan jiran2 tu.. tukar channel gak kita nak tengok sapa yg score.. hehehehe.. :)

    >>> bab soalan no.3 smlm.. saya tak berani nak komen banyak.. sbb anak saya pun mcm tu.. kalau kita marah, tinggi suara, dia kata kita tak sayang.. tapi kalau kita tak marah.. kita takot plak perangai dia menjadi jadi.. almaklumlah.. anak tengah membesar ni.. nak set kepala diorang sama.. anak dulu tak per.. mak jeling je dah takot.. anak skrg mak angkat tali pinggang pun dia leh jeling kita balik.. hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nani...kita dulu kalau mak cubit peha sekali atau jeling je kita dah takut..sekarang ni jegil pun dia buat-buat tak faham je...adoila

      Delete
  2. bola mlm ni mesti ramai yg tgk kan, lawan bangladesh sblm start piala AFF.. kalut skit la, waktu yg sama, masterchef la, kartun la, semua masa tu main..huhu.. asyik tekan remote la jwbnya..

    cute nya dia senyum, geram tgk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan saya, mesti nak tengok cerita lain tapi majoriti nak tengok bola...kena mengalah la

      Delete
  3. akak suka bola kalau melibatkan pasukan malaysia ngan perakjer..
    dulu sanggup gi stadium bersesak ngan budak lelaki..
    tapi bola obersee tak suka suak tengok bola bukan sebab bola sepaktu..
    suka nak jadi penyokongjer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii..penyokong berani mati Perak la ni kiranya...hehehe...saya tengok-tengok camtu je...xde la fanatik

      Delete
  4. Hehe.anak pompun macam tu la.sya punya lipstik,bedak abis dikerjakan.bila nampk kita pakai lipstik,mulut dia dah muncung dulu dah.hehe..
    Saya x bleh tgk bola..sbb berperasaan sgt.kalu pasukan yang disokong kalah,mesti sampai besok duk rasa geram.haha.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya anak perempuan kan! Hehehe...sebenarnya saya pun selalu juga berperasaan sebegitu..itu pasal takble over excited nanti sakit hati pun lebih jugak hehe

      Delete
  5. Ahad ni jommmmmm turun stadium!!!

    Berikan sokongan buat harimau malaya !!! Aummmmmmm...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa-sapa yang dekat tu bolehlah g stadium...kami tengok di rumah je la hehehe

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...