It's You!

Thursday, November 8, 2012

Cuti

Salam,

Sekejap je dah nak hari Jumaat, bermakna cuti sekolah pun dah bermula. Bila cuti sekolah bermakna anak2 kita yang bersekolah akan berada di rumah 24 jam. Korang dah fikirkan apa yang korang nak buat atau plan jalan2 musim cuti ni?

Untuk kami, rasanya belum tau lagi nak ke mana-mana. Lagipun baru je balik dari Putrajaya/Kuala Lumpur cuti Aidiladha yang baru lepas so tak terfikir nak ke mana lagi. Memandangkan Danish dan Danial ada di rumah, saya perlu rancangkan sesuatu untuk menghalang mereka bermain games sepanjang hari. Diorang kalau takde kerja, main games boleh lupa makan dan minum.

Ada rancangan nak ke Kelantan minggu hadapan tapi tak pasti jadi ke tak. Saya cuma standby je...kalau husband kata "on" terus je pack baju dan apply cuti. Ada juga rancangan nak bawa anak-anak ke Zoo Taiping. Memandangkan Yana dan Yani sudah mula mengenal binatang-binatang melalui buku dan televisyen, kami rasa ada baiknya bawa mereka tengok binatang secara live.

Pergi zoo boleh tengok gajah dan singa. Yani suka sangat dengan gajah...tak tau kenapa. Sebab dalam gambar selalu gambar gajah tu comel je kot. Dia tak tau gajah yang betul-betul besar giler..hahaha


Paling tak pun, nak ajak husband bawa anak-anak ke Taman Rama-rama di belah pulau. Selama duduk di Pulau Pinang ni, saya rasa saya tak pernah lagi pergi ke Taman Rama-rama. Pernah lalu je tapi tak singgah.

Agak-agak ada tak rama-rama kaler camni kat Taman Rama-rama tu?


Rasa macam nak balik kampung di Johor tapi mak pun ada di sini rasanya lambat lagi kot nak balik. Kalau balik ke Batu Pahat, boleh saya shopping pinggan Claytan kat Ayer Hitam. Boleh juga tengok-tengok pasu bunga dan barang tembikar lain kat pekan Ayer Hitam. Mungkin boleh juga ke benteng Batu Pahat makan Nasi Beriani Gam. Wah..menarik jugak tu!

Selain cari Claytan, kat Ayer Hitam banyak jual buah-buahan. Boleh beli keladi, keledek, ubi kayu dan pisang tanduk. Nak goreng dan makan dengan sambal kicap...fuhh sedap tu.


Kalau tak jugak, nampaknya kenalah saya buat jadual tugas untuk Danish dan Danial. Sebelum boleh main game, kena buat dulu kerja rumah. Tolong sama tengok adik-adik yang semakin lincah.

Anda bagaimana? Ada rancangan ke mana-mana ke cuti sekolah ni?

4 comments:

  1. saya kerja jew , dengar orang bercuti , hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun xapply cuti lagi sebb tak tau nak ke mana...hehe

      Delete
  2. tak sabar jugak nak fly ke kampung ni... ^_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...