It's You!

Thursday, November 29, 2012

Skuad Pengguna

Salam


Majlis perasmian dan sesi ceramah berlangsung sehingga jam 5 petang. Aduh...lama tu. Perasmian hanya berlangsung jam 3 petang.

Saya akan kongsikan sedikit tentang Skuad Pengguna dengan kawan-kawan. Tujuan Skuad Pengguna ni ialah untuk menjadi mata dan telinga memantau harga barang dan perkhidmatan agar kementerian dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Antara faedah yang kita dapat sebagai ahli Skuad Pengguna ialah:

1. Peluang menyertai seminar dan bengkel anjuran KPDNKK
2. Potongan harga dan diskaun oleh Rakan Dagang
    Nak tau siapa Rakan Dagang Skuad Pengguna, boleh klik sini..ada disenaraikan nama-nama
    syarikat dan  koperasi yang mengambil bahagian. Yang paling best, Star Cruises bagi 30% diskaun kalau
    guna kad Skuad Pengguna untuk pembelian tiket...boleh tahan tau..banyak juga tu
3. Membantu masyarakat dengan membuat laporan jika berlaku masalah tentang harga barangan
4. Meningkatkan kemahiran tentang trend harga barangan semasa
5. Pengiktirafan sekiranya Skuad Pengguna itu aktif membantu KPDNKK dalam memantau dan melaporkan
    sesuatu perkara

Apa yang perlu kita buat hanyalah melaporkan trend harga yang tidak padan dengan barang atau bila sesebuah kedai itu tidak mempamerkan tanda harga.

Cara nak jadi ahli senang je. Cuma layari laman web www.1pengguna.com untuk mengisi borang secara online dan cetak satu salinan. Bawa salinan ke Bank Rakyat berdekatan, bayar RM2 dan dapatkan kad Skuad Pengguna kita.

Itu serba sedikit tentang Skuad Pengguna. Jam 2 petang ada sesi bersama Datuk Omar, Presiden CUEPACS dan lepas tu perasmian kad oleh YB Dato' Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri PDNKK.
Wah..dah macam wartawan pulak saya hari ni...okla...daaaa.....

Nota kaki : Sangat tak suka bila ada majlis seperti ini, dan orang sedang bercakap di hadapan, ada pulak suara-suara orang berbual di belakang kita. Kalau berbual dalam nada yang perlahan tak apa la juga. Kalaupun kita bosan, janganlah bersembang bagai nak rak di belakang. Hormatlah sikit penceramah di depan. Rasa macam nak sua mikrofon je kat orang belakang tu bagi dia cakap. Haish...saya pun ada juga bercakap tapi bukan sepanjang masa. Hormatlah orang sama, kalau kamu tak mau dengar, ada orang lain yang nak dengar. Etika berada di dalam majlis perlu la diamalkan ya!

2 comments:

  1. wak pon X sukak org berbual2 ngobrol2 masa meeting.. UHhuuu

    ReplyDelete
  2. This web site definitely has all of the information and facts I wanted
    about this subject and didn't know who to ask.

    my site :: cruise to jamaica

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...