It's You!

Thursday, November 1, 2012

Kenapa Saya Suka Kerja Saya

Salam,

Kenapa?
Walaupun masa belajar dulu amik finance
Walaupun ramai yang tanya kenapa tak mau kerja kat Bahagian Bendahari je?
Saya cuma senyum saja

Sebab...
Saya sangat cintakan BUKU
Buku apa pun saya baca
Apapun saya belek
Atlas pun saya belek tau

Sebab saya suka bau buku
Cuba korang gi kedai buku
Selak-selak buku laju-laju
Lepas tu sedut bau buku...
Wah...bestnya

Sebab saya selalu berangan nak jadi penulis
Kononnya nak tulis cerpen dan novel sendiri
Tapi tak pernah nak hantar kat mana-mana manuskrip tu

Sebab sejak kecil saya memang suka membaca
Sampai hitam siku-siku sebab meniarap atas surat khabar
Dalam sehari dua boleh habis baca satu novel
Kira jadi peminjam buku terbanyak selalu

Sebab sekarang saya bekerja di dalam library
Walaupun academic library tetapi banyak juga buku2 umum yang boleh saya baca
Dan kadang2 belek juga buku engineering, hotel dan farmasi
Sebab suka tengok gambar2 
Dapat gak info menarik

So, biarlah saya berada di sini 
Di samping buku-buku ni
Rasa tenang je..
Rasa best
Dulu selalu berangan kalau terkurung dalam kedai buku kan best
Boleh baca macam2
Sekarang boleh juga kalau nak tidur kat library ni
Tapi takut ada hantu
Kahkahkah

Semua buku dalam troli ni sangat best...tak sabar nak baca...ada sapa2 nak trade tempat kerja dengan saya tak? Paling best novel tu dan buku pasal universe, earth dan ocean...ehh...semua la best!

Saya suka Mary Higgins Clark...saya dah baca novel2 tulisan beliau yang ada dalam library ni. Yang dua ni akan jadi mangsa seterusnya. Nanti dah baca, saya buat review. 


Nota kaki : Di rumah pun dah banyak buku. Nak kena cari satu ruang untuk letak semua buku-buku kami..sekarang ni separuh ada di bilik solat dan separuh di bilik saya. Nanti la..nak buat mini library



8 comments:

  1. saya pun suka kedai buku. Kalau ke shopping complex, mesti cari MPH. Kalau ke KLCC, mesti nak singgah Kinokuniya tu...Awak mmg bertuah, sebab hari2 kerja boleh baca buku yg pelbagai genre..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan kalau dapat gi kedai buku...saya pernah gi Kinokuniya dulu..lama dah tak ke KLCC..saya suka ke POPULAR Bookstore dan MPH juga...alhamdulillah dapat kerja di tempat yang kita suka so kerja pun jadi senang

      Delete
  2. tak sangka akak amik finance dulu ye. syukur kan dpt kerja yang sejiwa dgn diri sendiri. mesti rasa happy je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dulu tak terfikir pun boleh kerja kat sini...bila dah kerja memang rasa seronok..kalau tension boleh belek buku

      Delete
  3. kniedaz, pinjam minatmu itu. rasa sy terhadap buku telah lama kering. sebab tu beli buku2, 4buah sampai sekarang tak sampai penghujung. entah kemanala perginya minat saya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu saya bersalinkan si kembar tu, setahun saya tak pegang buku sebab tak sempat pun nak baca..skang ni bila si kembar dah besar sikit start balik membaca..rindu sangat kat buku ^_^

      Delete
  4. saya pun bercita-cita nak buka kedai buku atau library..

    kueh

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...