Salam
Musim cuti sekolah kan sinonim dengan kenduri kahwin. Hari ni kami ada dua jemputan kenduri kahwin. Satu di Kuala Kurau, Perak dan satu lagi di dalam taman saja.
Memandangkan kenduri di belah Perak selalu habis awal, so kami bertolak ke Kuala Kurau dulu. Jam 10 pagi kami dah keluar rumah. Sebenarnya kenduri ni kenduri kahwin anak besan tok ibu (mak saudara yang duduk di sebelah rumah saya ni). Tak seronok pulak kalau tak pergi...lagipun boleh la juga kami bawa anak-anak keluar rumah.
Kami sampai dekat jam 12. Lepas zohor baru makan sebab tunggu pengantin. Sedap sungguh makan nasi kenduri. Lama tak makan nasi minyak. Hehehe.... Cuaca pulak sangat panas dapat minum sirap ais memang nikmat. Lepas makan kami bertolak balik. Sempat juga mak pengantin lelaki ingatkan kami supaya hadir kenduri belah lelaki di Cheras sabtu depan..insya Allah kalau diizikanNya.
Sampai rumah jam 4 lebih..saya dan hubby pergi pulak kenduri di taman kami. Di Penang, lewat petang pun ramai lagi tetamu. Di Perak, jam 2 lebih dah srlesai kenduri. Itu je la aktiviti kami hari ni.
Nota kaki : badan hubby penuh bintik2...doktor takut denggi..kena gi hospital buat ujian darah tapi dia tak demam. Huhu...
AMBOI,JELINGAN MAUT NAMPAK..HIHI
ReplyDeletewak X sempat nk gi jemputan kawen lagiikk.. uhhUUu
ReplyDeletewah, 2 kenduri..Perak & Penang...hihihi..
ReplyDeleteHope your husband is fine..Insya Allah
musim org kawin sekarang ni.
ReplyDeleteamboi comelnya bertocang.
ReplyDelete