It's You!

Friday, November 30, 2012

Kabus, Ad-Dukhan & Miami Bay

Salam Jumaat,

Pagi ni keluar dari rumah, pemandangan jadi terhad kepada lebih kurang 500 meter sahaja. Sebab apa? Sebab pagi ni ada kabus tebal menyeliputi pemandangan. Bayangkan kalau memandu tu kena hidupkan lampu sebab tak nampak lampu belakang kereta depan. Rasa macam duduk kat Genting/Cameron Highland pulak. Sampai di ofis pun still ada kabus tapi dah kurang.

Kabus tebal mengingatkan saya kepada kisah tanda-tanda kiamat. Macam pernah baca tapi lupa isinya. Pagi tadi google di internet dan dapat artikel tentang Kabus Ad-Dukhan. Surah Ad-Dukhan diturunkan oleh Allah di mekah kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan. 
.
44:10
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).(Ad-Dukhan; Ayat:10)

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu nerakajahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).
2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.
3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkataRasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya denganmudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Malam Jumaat

1.  Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akanmembinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).
3.  Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
2.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
3.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).


Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan
  1. Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
  2. Khasiat ayat 1-8          – Membantu membinasakan musuh.
  3. Khasiat ayat 12            – Dijauhkan daripada ditimpa bala.
  4. Khasiat ayat 68-73   - Dapat membantu memenangi berhujah.

Semua ni saya copy dari blog shafiqolbu

Benda yang baik sangatlah elok dikongsi, betul tak? Sekurang-kurangnya kita memanjangkan perkara yang baik untuk rakan-rakan yang lain. Selain tu, ia juga sebagai ingatan untuk diri saya sendiri. 

Ok ..sebelum menyambung kerja, saya nak tempek sedikit gambar piknik kami di Miami Bay, Penang. Namanya gempak kan..hehehe...ramai juga family yang berkelah waktu kami ke sana hujung minggu yang lepas. Tak bawa makanan apa pun...cuma bawa kerepek je. Lepas tu, hubby beli jagung bakar dan air. Saja bawa anak-anak dan ipar duai mandi di pantai tapi yang mandi sebenarnya anak-anak saja. Yang lain sekadar monitor dan duduk bersembang. 

Subhanallah..cantikkan awan tu...




Yana takut nak pijak pasir, so dia duduk ngan Tok Madah n Tok Milah makan kerepek pisang


Budak kecik yang tak suka pantai

Seronok Yana kena lambung ngan abah

Tiga orang budak yang seronok terlampau

Yani steady je main pasir..sesekali kena ombak...tapi bila ada pasir lekat kat kaki dia nangis suruh buang...apa laaa


Nota kaki : Semalam ada kejadian yang menggerunkan hati ibu-ibu. Waktu nak palm-print balik ada satu hamba Allah ni dok panggil anak dia dalam kereta sambil ketuk-ketuk tingkap kereta, Anak dia dalam 4-5 tahun macam tu tidur dalam kereta. Kereta kunci n mak dia nak masuk tapi anak dia tidur tak bangun-bangun. Ramai juga yang tolong ketuk tingkap sampai goncang-goncang kereta. Lama jugak baru budak tu bangun. Aduila...berderau rasanya. Janganlah tutup semua tingkap kalau tinggalkan anak dalam kereta. Peringatan untuk diri sendiri juga. Takut terjadi perkara yang tidak diingini nanti.


8 comments:

  1. kabus ke kak? kat sini pun bila pagi kabus. tq kak sharing kelebihan surah ad dukhan. yang part anak tdo dalam kete tu memang seram. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah pagi ni ada kabus tebal pulak..sebelum ni takde pun...tu la kan...seram kalau anak tido dlm keta tak bangun bila dikejut

      Delete
  2. - TQ share pasal Surah Ad Dukhan ni..

    - Pertama kali saya sampai & dengar nama Pantai Miami ni, saya gelak ..hihihih...memang langit cerah...membiru..cantik gambar tu..

    -Bahaya kalau terkunci anak dlm kereta...kita ambil iktibar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...Pantai Miami ni takde la Baywatch seksi yer..hahaha

      Delete
  3. miami beach? tak tau le pulak kak ada di penang.. sekadar berkongsi, selain ad dukhan, malam/hari jumaat kita digalakkan baca alkahfi..

    p/s kak pernah jumpa kes yg sama..sampai cermin kereta kena pecah sebab budak tu tido mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh terima kasih kongsi pasal Al-kahfi tu
      bahaya kan tinggal anak tido dalam kereta...

      Delete
  4. nama dah gempak..
    akak tau pulau pinang tu batu feringgijer..
    alamak... tapi penah dengarler nama miami beachtu..
    ramai oerng berbikini cam miami tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdenya orang berbikini..hehehehe...mat saleh tak pi Miami Bay..bukan area diorang tu haha

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...