It's You!

Wednesday, November 21, 2012

Perubatan Moden & Tradisional Saling Melengkapi

Salam,

Baru sudah mengubah buku-buku di atas rak. Bila rak baru sampai, makanya kami akan pecah dan susun semula. Pecah tu maksudnya bahagi ikut nombor panggilan buku-buku dan susun balik supaya rak tak terlalu crowded. Pagi-pagi dah eksesais tangan. Berpeluh juga...hehehe...

Alhamdulillah, semalam selepas Maghrib kami dah bawa Yana jumpa Ustaz Azman untuk minta air penawar. Kita kan berikhtiar. Bukan tak percaya kepada perubatan moden, tetapi perubatan tradisional juga merupakan satu cabang cara mengubati penyakit. Rasanya tak salah kalau kita mencuba kedua-duanya untuk hasil yang lebih berkesan dan untuk pendapat yang lebih meyakinkan.

Malam semalam cuaca pun sejuk je, hujan turun mencurah-curah. Kami tak bawa Yani..susah pulak nanti nak berubat ramai-ramai. Ramai juga yang dah ambil nombor giliran. Rezeki kami juga dapat nombor 23..setiap malam, cuma ada 32 nombor je yang Ustaz keluarkan. Yela...Ustaz ni pagi mengajar jadi jam 10 malam biasanya dah habis sesi berubat.

Masuk je jumpa Ustaz, Tok Ibu bagitaulah tentang Yana, dia tak mau jalan cuma nak merangkak je. Lepas tu kena bagitau juga, bila start kejadian tu. Yana jadi macam tu lepas kami pergi bersiar-siar di Penang hari Ahad tu. Boleh rujuk entry ni untuk ceritanya. Hari Isnin lepas tu yang dia start tak mau jalan. Ustaz tanya nama penuh Yana lepas tu dia start baca beberapa potong ayat Quran. Lepas tu tetiba je dia menggigil jap. Dia kata ada yang tumpang kacau ni. Huhuhu..kami rasa seram la jugak. Sepanjang Ustaz bacakan air penawar tu, Yana pandang Ustaz tu tak berkelip-kelip. Jadi kaku gitu. Tak lama pun...Ustaz kata in shaa Allah, benda tu takkan ganggu Yana lagi. Air tu bolehlah disapu pada kaki Yana malam tadi jugak dan lebihnya boleh minum dan campur dengan susu.

Mesti ada yang tak percaya dengan perubatan berdasarkan ayat suci al-Quran ni kan. Sebab mesti ada yang kata, sikit-sikit ustaz kata ada benda ikut/tumpang dan macam-macam. Tapi bagi saya yang pernah mengalami benda mistik ni, saya percaya dengan kebolehan ustaz. Lagipun tak heran pun, memang di dunia ni selain manusia ada juga makhluk lain yang tinggal bersama-sama kita cuma kita tak nampak je.

Sebenarnya, malam kami singgah di Masjid Negeri tu, keadaan Masjid Negeri sangatlah gelap. Persekitarannya memang gelap sungguh. Lampu-lampu di setiap penjuru kawasan masjid tidak menyala malah lampu di koridor masjid juga tiada. Berpusing-pusing kami cari jalan nak masuk ke kawasan solat. Bilik air pun tiada lampu cuma harapkan cahaya lampu di dalam masjid yang samar-samar. Tak taulah..mungkin waktu tu Masjid Negeri mengalami gangguan bekalan elektrik agaknya. Waktu tu hubby kata dia sebenarnya dah tak sedap hati nak berhenti tapi memikirkan masjid kan tempat ibadah takkan ada benda tak baik. Hubby kata waktu nak ambil air sembahyang dia lalu kat belah tempat mandi mayat. Mungkin kot MUNGKIN ada makhluk lain ikut balik. MUNGKIN....

Lepas solat kami makan kat warung bawah flat tu kan. Waktu makan memang saya dok rasa ada benda main-main kat paha saya. Banyak kali saya kuis. Saya siap kata kat mak saya, ada binatang kot masuk dalam seluar. Lepas tu baru Yana nangis sambil kuis-kuis kaki dia dan kata sakit tapi kami ingatkan dia nangis sebab dia tak sedap badan. Memang waktu tu pun dia demam. Lepas tu yang dia start tak mau jalan dan terketar-ketar kakinya.

Ok...ini semua mungkin kebetulan. Mungkin juga tiada kaitan tetapi rentetan peristiwanya amat meyakinkan kami dengan kehadiran makhluk lain. Kami nak tengok dua-tiga hari ni macamana perkembangan dia. Follow up ke klinik akan kami buat juga. Kami nak juga kepastian berdasarkan perubatan moden. Ikhtiar...

My sweet little Yana. Get well soon darling!


Nota kaki : Alhamdulillah sejak semalam, Yana dah mula berjalan dengan lebih tetap. Kurang dah ketar di kaki. Kadang-kadang dia merangkak juga tapi tengok dia ada inisiatif dah untuk bangun sendiri dan berjalan bila disuruh. Alhamdulillah syukur ya Allah. Doakan yang terbaik untuk Yana ya kawan-kawan!

10 comments:

  1. insyaALLAH.. semoga yana sembuh dan sihat ye.. :) aminnnnn

    ReplyDelete
  2. Berikhtiar la..selagi tak bertentangan dgn akidah..Moga Yana cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. saling melengkapi. tak salah berubat selain doctor,asalkan kita tau kaedahnya. lgpun ustaz2 ni biasa guna air sj. kalau berubat guna air sj ni biasanya tak mencurigakan..sbb air ni kalau kita bacakan surah atau zikir,kan molekul2 dia berubah. dan dgn izin Allah bolej merawati penyakit.

    tp kalau suruh bwk ayam golek, teloq ayam,pulut kuning,atau benda2 lain yg mcm aneh2 skit, yg tu kena check blk lah.hehe

    cpt sembuh yana, amboi 'benda2' ni suka sgt tumpang2 org ye. boleh plak dia x bg yana jalan. isk isk isk

    ReplyDelete
  4. kita harus berikhtiar....
    dan ikhtiar itu biarlah berlandaskan islam...
    insyaAllah akan dipermudahkanNya...
    semoga Yana cepat sembuh....

    ReplyDelete
  5. Semoga yana cepat sembuh dan pulih spt biasa cepat2 ye.. Insya Allah. . take care..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kniedaz,

    Alhamdulillah, saya cuma batuk-batuk saja. Pembetulan tentang Rachel Khoo. Ibunya berasal dari Austria bukan dari Russia. Ya ampun. Hehe...

    Buat Yana, achikzue harap Yana sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kita hidup kerana NYA dan kita mati pun kerana NYA. Moga kita hidup, mati dan dibangkitkan semula dengan iman. Amin Ya Rabb.

    Take care and be good.

    As Salam,
    zue

    ReplyDelete
  7. aku pn baru pas pegi darul shifa' temankan kakak aku..pastu aku saja gak suh tgokkn xiyad..dia kata takde pa pun kat xiyad

    ReplyDelete
  8. Moga Yana cepat sembuh...

    Tak salah kalau berikhtiar selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran Islam,
    In Shaa ALLAH

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua atas doa dan kata-kata semangat tu ya. Betul tu, kita kena berusaha selagi terdaya kan?
    ^_^

    ReplyDelete
  10. kita diberi cara utk berusaha kan. usaha je la.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...