It's You!

Thursday, November 15, 2012

Yana dan Cuti

Salam...

Bila cuti lompat-lompat ni xtau nak ke mana. Sudahnya duduk di rumah saja. Dah selesai makan nasi berlaukkan sambal goreng, gulai ikan dan ulam-ulaman tapi sebenarnya saya cuma makan lauk sambal goreng je. Tak pandai nak makan banyak-banyak lauk. Rasa macam tak masuk je kalau makan lauk penuh di pinggan.

Sambil tu dok perati perkembangan Yana. Semalam dah bawa jumpa doktor kanak-kanak. Dia pun musykil dengan masalah Yana. Mungkin jangkitan kuman ketika dia demam minggu lepas tapi dia tak sure. Dia check semuanya normal cuma gross movement yang jadi masalah. Bermain..pergerakan tangan..refleks semua normal...kami lagi la risau. Akhirnya doktor suruh kami monitor dia sampai hari ahad. Ahad jumpa doktor balik. Kalau masih lagi macam tu, doktor bagi surat rujukan untuk buat scan bahaian kepala.

Hari ni Yana kurang berjalan sebab dia fobia kot. Jalan pun tak jauh lepas tu dia merangkak tapi bermain semua tak ada masalah. Risau betul. Hubby pun jadi risau...kesian kat Yana. Dia bukan tau apa2. Mungkin dia tak tau lagi nak bgitau kalau dia sakit atau rasa pelik so susah l kami nak tau apa yang tak kena. Jadi kami jadi lebih alert dengan keadaannya. Hopefully everything will be ok.


3 comments:

  1. kesian yana...auntie doakan yana x apa2 ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun berdoa takde apa yang serius...risau sungguh ni huhu

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...