It's You!

Tuesday, November 27, 2012

Cuti Lagi

Salam

Selamat pagi semua! Sarapan apa pgi ni? Saya harap semuanya sihatlah ye.

Hari ni saya masih bercuti. Ambil cuti lagi sehari sebab rasa tak sedap pulak ada tetamu jauh di rumah tapi tuan rumah takde pulak. Semalam dah penat main masak-masak, so hari ni rasanya nak jalan-jalan pula. Adik ipar saya nak bawa mertuanya gi makan mi udang di Pulau Aman hri ni. Hubby pulak ada kerja sikit pagi ni. Dia tanya saya nak join diorang ke? Kalau nak pi, semua pi la. Saya ok je walaupun rasa sedikit malas nak jalan. Maklumlah kita selalu kerja so rasa nak bermalas-malasan di rumah ni sangatlah kuat.

Semalam saya buat nasi hujan panas untuk sambut MIL dan tetamu lain. Makcik hubby buat dalca daging, mak pulak masak ayam masak merah n jelatah. Ada kuih seri muka, tepung talam, kuih ketayap, agar-agar milo dan macam2 lagi. Semalam selain letih ke sana ke sini, kami juga letih MAKAN! Mana taknya...duduk sembang2 sambil makan..masak makan tengahari pun sambil makan. Huhuhu...

Petang pulak pi follow up ke klinik pakar kanak-kanak untuk Yana. Lepas tu teman hubby gi follow up di KPJ. Lepas tu pulak pi hantar kereta kancil saya ke bengkel. Enjin kereta problem...sepanjang jalan ke bengkel semua orang dok tengok sebab banyak asap keluar dari ekzos.

Setakat ni dulu la cerita. Update guna hp ni xbest sebab letih menaip ni...dahla keypad kecik2. Pastu nak letak gambar takleh nak buh caption..xtau la kalau saya yang tak tau pulak..hehe...nah saya tempek gambar semalam gi amik MIL. Jumpa lagi!








9 comments:

  1. selamat kembali kepada yr hajah MIL ya..alhamdulillah...seronok makan2 jgak yer..

    ReplyDelete
  2. fuyooohh makk.. kat dalm umah ada aircon pon leh berlenggeng X pakey baju lagiikk.. misti panass giler kann.. IIhikks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...wak...ada masanya memang panas..kihkihkih...

      Delete
  3. berbaris deme amik gambar atas bonggol tu.. cute2 semua.. seronok jalan2 ni..

    ReplyDelete
  4. seronok kan dpt kumpul ramai2 cmtu.. selamat kembali dari Tanah Suci utk MIL.. tgk byk menu best tu..

    ReplyDelete
  5. Tetamu yang datang bawa rezeki kan ?

    ReplyDelete
  6. main masak-masak...kadang2 tuan rumah tak lalu makan..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...