Bila dah cuti 4 hari (Sabtu & Ahad kira sekali ya...) memanglah rasa malas nak pi kerja kan. Nasib baik har ni masuk 9.30 pagi so boleh la bermalas-malasan sebentar di rumah. Mula-mula hubby suruh drive sendiri..lepas tu saja buat-buat muka "chom". Last-last dia kata dia nak hantar tapi sebelum tu siap jugak dia kata kat saya 'kalau suruh pi kerja sendiri je buat muka' hehehe..Sebenarnya tak kisah pun pergi sendiri. Saya punya perangai kalau sapa2 suruh atau bagitau apa2 memang saya akan buat muka protes dulu. Padahal...saya ok je. Apa punya 'pe'el ' daa...teruk betul saya ni..
Bercuti kat rumah susah nak update blog. Kalau nak buka pc, kena naik bilik atas..itu adalah no no...sebab malas nak naik. Kalau nak buka notebook, tak boleh juga..nanti ada 4 orang budak sibuk nak tumpang..sorang nak buka FB la..sorang nak main game la...update guna HP kena curi-curi..nampak dek kembar tu sibuk nak tengok Lagu Bas diorang. Itu yang update pun ayat dua tiga baris je. Nanti saya cerita secara proper kalau berkesempatan. Masuk kerja ni, banyak buku baru dah sampai..berkotak-kotak tak buka lagi..ada invois-invois tak settle lagi sedangkan hujung tahun dah makin dekat. Kena rush sikit buat kerja tapi itu bukan cara saya. Saya suka buat kerja steady..tak terlalu cepat tak terlalu lambat, saya nak hasilnya cantik tapi bila dah banyak sangat kena juga laju.
Waktu kemas bilik atas hari tu, saya jumpa game IQ ni. Adik ipar saya belikan untuk Danish dan Danial tapi mencabar juga untuk orang dewasa. Cara permainannya senang je. Dia bagi satu booklet dengan ilustrasi bagaimana kita nak menyusun blok-blok kayu tu ikut dalam booklet. Setiap bentuk dia bagi masa untuk kita cuba. Semakin tinggi level, semakin susah nak buat. Kira mencabar jugakla...
Korang kena susun blok-blok tu jadi cam dalam gambar. Mula-mula kacang je...sampai level tinggi sikit, letih kepala otak nak buat. Gila kentang betul buat benda ni...saya tak habis lagi..
Ni nama games tu..kalau sesapa berminat ble la google website dia. Tak faham apa yang dia tulis sebab semuanya tulis dalam bahasa German tapi secara basicnya tau la cara nak main game ni.
Selain game ni, ada banyak juga IQ games kepunyaan Danish dan Danial. Selalunya kami main sama-sama tapi dah lama tak main sejak si kembar tu dah pandai bermain sama. Adui la..diorang sibuk mengacau je. Selalu Danish dan Danial ajak main Saidina atau Sahibba tapi selalu juga saya tak mau sebab nanti si kembar tu yang terlebih sibuk. Nanti bila senang-senang mungkin boleh ajak diorang main.
Ada sapa-sapa nak join?
Nota kaki : Sejak ada si kembar ni, banyak aktiviti seperti di atas tidak dapat dijalankan kerana tahap keganasan mereka yang tak boleh dikawal. Apa yang ada di tangan diorang tidak boleh diambil sama sekali. Abis tu, camno nak main, kalau dah direbut je? So...KIV je lah boardgames ni semua ya Danish & Danial!
banyak nye games...
ReplyDeletesama la kat umah tu.. kalau laptop tu buka dari celik biji mata.. tapi dengan tegasnya kena shutdown kul 4 ptng.. sbb kul 6 kita balik keje plak nak bukak sampai malam.. so diorang main la dari pagi sampai kul 4 tu.. sbb tak berebut ngan mama.. nanti mama balik jangan kaco dah.. hehehe
Game yang menguji IQ ni bagus..especially utk growing up kid...boleh asah minda mereka...
ReplyDeleteSaidina tu dulu, berhantu kami main..hahaha...hari2 mesti nak main Saidina
mainan gini baguihkan..
ReplyDeletetapi tuler masa nak maintu perlu tenang kot idak tak terbuatler..
SAHIBBA TU BEST..RINDU PULAK RSNYA NAK MAIN GAME TU BILA TENGOK GMBR NI
ReplyDeleteAkak suka Sudoku :-)
ReplyDeletehaha...main sama tak pe, takut ranap pulak game tu kalau direbut. kak dah de pengalaman. heee...kak pulak sampai umur begini masih ralit dengan sudoku daa..
ReplyDeletetgh mencari wood tu... tak jumpa jumpa
ReplyDelete