Hehehe...mesti tertanya-tanya, siapakah Croque Madame? Apa yang dia buat? Jangan risau...saya akan bagitau korang siapa/apa Croque Madame ni.
Sebenarnya, Croque Madame ni adalah nama sejenis sandwich. Ya...sejenis sandwich je...tapi sandwich ni memang sangatlah melampau. Tahap melampaunya buat sesiapa yang suka telur boleh kecur air liur hanya dengan tengok gambarnya. Hehehehe....
Originally sandwich ni namanya Croque-monsieur iaitu sandwich ham dan cheese yang sangat popular di Perancis tapi bila dihidangkan dengan telur mata cam dalam gambar ni, dia jadi Croque Madame. Macam-macam kan...sandwich pun ada nama gempak.
Kalau ikut resepi asal, dia ada guna ham tapi orang Islam kan haram makan benda alah tu, so kita boleh la gantikan dengan hirisan sosej ke atau daging/ayam salai. Pandai-pandailah kita modified ye. Saya sertakan resepi ringkas yang saya ambil daripada buku bertajuk Breakfast oleh Jody Vassallo.
Bahan2 (untuk satu set sandwich):
2 biji telur
1 sudu besar susu
30gm mentega
2 keping roti
1 sudu kecil dijon mustard (xbubuh takpe kot)
4 keping keju gruyere (cheesedale ke kraft boleh rasanya)
2 sudu kecil minyak
Cara2
Pukul sebiji telur dengan susu dan perasakan dengan garam dan lada sulah
Sapu roti ngan mentega..lepas tu buh keju, kalau nak buh sosej ke, daging salai ke..buh jangan tak bubuh
Panaskan lebihan mentega dan minyak tadi
Bila dah panas, celup roti sandwich tadi dalam telur yang dah dipukul tu dan goreng sampai keemasan.
Tekan ngan sudip bagi dia betul-betul garing gitu.
Lepas tu, goreng sebiji telur mata, kuning jangan bagi pecah haaaaa...top up atas sandwich
Uiiii....sedap kan! Sila telan air liur..huhu
Gila ah...bubuh gambar ni besar-besar..buat orang terbayang-bayang je. Credit to newfinmysoup
Tengok tu...telur dia...gila ahh...rasa macam nak balik rumah sekarang n buat sandwich ni je...xmo tunggu-tunggu
Nota kaki : Apa lagi, balik nanti jom kita try buat Croque Madame ni. Huhuhu....meleleh air liur saya tengok gambar ni. Ni la bahananya duduk di dalam library ni...lebih-lebih lagi bab proses buku ni...belek-belek buku hotel jumpa resepi macam-macam cuma saya ni je yang malas nak mencuba..huhu
Hu sedapnya..nanti leh buat tuk sarapan ni.:)
ReplyDeleteboleh....hehehe...hujung minggu ni macam nak buat pulak
Deletehaiishhh.. nak kena ni.. boh gambaq besaq..
ReplyDeletedah terliur mak buyong tengok ni..
nak balik keje lambat lagi.. kul 6 nanti plak tu..
tolonggggggggg!!!!!!!!!
Mak buyung kena buat jugak nih..nanti meleleh air liur anak dalam perut tu hehe
Deletenampak cam best giler tuh...boleh cuba jgk nanti....
ReplyDeleteCuba ...jangan tak cuba!
Deleteterliur tgk tu....
ReplyDeletebaru je mkn roti celup telur....
Sedap tu Aanie...anak saya suka roti celup telur..diorang kata roti canai hahaha
Deleteni kalo berdua jer bleh la buat..parak nak buat makan ramai2..hehe...
ReplyDeletetp nampak sedap ^_^
Betul tu...kalau ada 10 orang kat rumah, dah 10 biji telur plus untuk celup lagi..heheehehe
DeleteAssalamualaikum Kniedaz,
ReplyDeleteCuba tengok Croque Madame versi Rachel Khoo. Dia chef wanita keturunan China(Malaysia)dan Rusia yang dibesarkan di UK tetapi kemudian berhijrah ke Paris. Citarasa/resepi dia pun sederhana tetapi anggun err...simple yet elegant. Hehe... Dia ada rancangan memasaknya sendiri 'The Little Paris Kitchen: Cooking with Rachel Khoo'. Enjoy!
Salam,
zue
Salam Zue,
DeleteSaya akan google Rachel Khoo...thanks for sharing.
(Harap Zue sihat ya... ^_^ )
glamer u nama sandwichni.. tapi memang terliur tahap gaban tengoknyer..
ReplyDeleteroti bakar ngan telur separuh masakpun dah sedap... nikan pula gitu...
mmg yummeh...
ReplyDelete