It's You!

Tuesday, November 13, 2012

Keperluan Wanita Bekerja

Salam...

Bangun pagi..anak2 masih tidur so sempat baca satu dua bab buku Untukmu Wanita karya Zaharuddin Abd Rahman.

Dalam bab keperluan wanita berkerja digariskan syarat2nya...antaranya ialah

1. Kerana kematian suami dan memerlukan belanja hidup
2. Memberi bantuan kepad ibu bapa yg uzur atau suami yg uzur
3. Membantu perniagaan suami yg memerlukan tenaga dan kos yg banyak
4. Mempunyai keistimewaan yg hebat yg diperlukan oleh masyarakat
5. Kerjaya itu ken dgn fitrah wanita
6. Keluar rumah dengan menutup aurat dan menjauhi fitnah di tempat kerja
7. Kerja itu tidak memerlukan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain
8. Mendapat izin suami atau wali
9. Kerjaya itu tidak mengganggu tanggungjawab isteri di rumah
10. Niat utama bukan untuk keasyikan mengumpul harta
11. Berhenti jika diperlukan oleh anak2

Sekiranya suami mampu, isteri tidak digalakkan untuk bekerja kerana peranan utama isteri ialah mendidik anak2 dan mencorak bakal pemimpin akan datang. Wang pendapatan isteri juga sebenarnya tidak wajib dibelanjakan untuk belanja rumah.

Tapi bgi saya, semuanya ikut niat kita. Macam saya, saya bekerja kerana ingin membantu suami dalam melengkapkan keperluan hidup..takde la untuk bermewah diri. Hidup di dunia yang serba duit ni memaksa kita berkorban sedikit demi kesenangan keluarga. Alhamdulillah..setakat ini saya masih dapat membahagikan masa untuk anak2. Insya  Allah saya akan perbaiki mutu kerja di rumah demi anak2 dan suami.

^_^


8 comments:

  1. biarlah kita punya nawaitu yg jujur dan ikhlas....
    dan jangan sesekali lupa nawaitu itu....
    takut bila lupa, lain jadinya....

    ReplyDelete
  2. BUI PUN SAMA,BEKERJA SEMATA2 NAK BANTU HUBBY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kita...mana yg boleh kita tolong, kita buatlah kan ^_^

      Delete
  3. hargailah isteri kita...tak begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hemy...saling menghargai lebih baik rasanya

      Delete
  4. Ikut orang..ada yg isteri perlu bekerja bagi membantu suami..ada yg tak perlu bekerja...Yg penting, masing2 suami isteri perlu faham tanggungjawab masing masing :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...