It's You!

Wednesday, November 28, 2012

Tips Berjimat & Elak Pembaziran di Dapur

Salam,

Wah...teruja tak dengan tajuk entri saya ni? Hehehe..macam gempak je kan. Takdela..sekadar berkongsi apa yang saya baca di internet.

Ok..dalam artikel ni tulis, cara nak berjimat barang dapur dan mengelakkan pembaziran ialah dengan melihat bagaimana caranya kita menyimpan barang di dalam almari/pantri kita. Nak tau apa kena mengenanya, jom baca lagi. Katanya, cara kita membeli dan menyimpan barang sebenarnya dapat mengelakkan kita berbelanja secara berlebihan.

Kalau ada pantri besar macam ni, senanglah kita nak simpan stok bahan mentah di rumah.


1. Akses
    Tengok dalam almari bahan mentah korang. Korang ada kan tempat korang simpan segala jenis bahan
    makanan kering sebelum digunakan? Ok...cuba satu hari korang check apa yang ada di ruang paling
    belakang, apa yang tak digunakan lagi, yang sudah tamat tempoh, yang sentiasa korang gunakan. Bila dah
    dapat kenalpasti apa yang ada, baru kita tau barang apa yang perlu kita beli : tak perlu beli : tak perlu beli
    dalam kuantiti banyak & sebagainya. Dengan cara ini, kita boleh elak membeli benda yang tidak perlu.

2. FIFO
    Praktikkan amalam First In First Out untuk elakkan bahan yang kita beli busuk, tamat tempoh dan  
    tidak lagi sesuai digunakan. Balik dari shopping, sila organize pantri kita...yang lama kita letak di bahagian
    depan..yang baru beli letak di bahagian belakang.

3. Membuat Stok
    Bila kita dah tau flow barang keluar masuk di dapur kita, bolehlah kita merancang untuk membuat
    pembelian selanjutnya. Kalau sebulan kita guna 6 tin susu pekat, rasanya lebih baik beli 1/2 dozen pack
    tu. Lebih murah daripada kita beli loose pack. Mungkin mula-mula nampak banyak, tapi kita dah pasti
    barang yang kita beli akan dapat menmpung sehingga cukup bulan.

Itu sedikit tips yang saya baca. Macam saya di rumah pun baru je mengamalkan tiga tips ini. Mula-mula mengemas almari, baru saya tau saya ada macam-macam bahan mentah yang dah lama beli tapi tak gunakan lagi. Ada juga yang terpaksa buang sebab tamat tempoh. Bila dah kemas, baru perasan ada barang yang dah habis dan perlu beli. Baru perasan dalam almari ada tiga botol sos cili..dan 3 tin sos carbonara tak guna lagi...so saya berazam untuk menggunakannya sebelum tamat tempoh...huhuhu....

Skang kalau gi kenduri kendara kan diorang bagi bekas kaca camni, saya dah kumpul banyak dah campur yang beli kat IKEA beberapa tahun lepas tapi tak guna-guna : skang rempah-ratus saya ada rumah yang cantik...hehehe


Saya juga dah mula de-clutter peti ais di rumah. Mana-mana ubat yang dah lama saya buang. Sos atau mayonis yang dah guna separuh lepas tu tersimpan dalam peti ais beberapa bulan pun saya buang. Sayur-sayur yang tertinggal di penjuru peti ais, cili yang dah kecut..semua buang. Lepas tu, cuci semua rak, bubuh rempah-ratus dalam botol kaca hasil gi kenduri kendara, simpan balik semua bahan mentah. Hasilnya, peti ais pun tak nampak semak.

Kalau peti ais kita tersusun macam ni kan sedap mata memandang...hehe

Oh...satu lagi tips..yang saya sedang praktikkan ialah menyalin semua bahan makanan contohnya sos black pepper yang tak habis guna di dalam bekas plastik/tupperware untuk memudahkan pemyimpanan. Hasilnya, peti ais kita nampak teratur dan kemas.

Sekian, tips petang ini. Sesiapa ada tips yang nak dikongsi? Mehla kita kongsi ya.. ^_^

Nota kaki : Tapi....bila kita dah kemas cantik-cantik, rasa geram pulak bila orang lain bubuh barang sesuka hati.so saya akan jadi extra cerewet dan extra rajin gi check lepas orang guna peti ais dan almari..gila kentang kan??

3 comments:

  1. yg bekas kenduri tu saya suka.tak penah terpikir pulak boleh digunakan utk bekas rempah ratuskan...sbl ni ada yg dibuang saja..ok pasni saya pon nak kumpul jugak

    ReplyDelete
  2. pantri besar macam tu mmg bagus. Selain senang nak buat check list( dan elakkan pembaziran), ia jugak satu bentuk hiasan di dapur.

    Bekas2 ala IKEA tu dah byk dijual..murah murah..hihihih

    ReplyDelete
  3. weekends susun isi dlm fridge, cantik dan kemas...
    tiba weekdays..sibuk balik, semua main sumbat..
    kdg2 terjumpa baki lauk yg disimpan (konon2 nak makan lagi)..tapi tak terusik!!
    tq for the tips..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...