It's You!

Friday, November 16, 2012

Quilling Art - Cantiknya

Salam,

Saya sangat minat dengan kraftangan...walaupun ada beberapa jenis kraftangan tu, saya tak minat nak buat, tapi saya suka tengok hasil kerja tangan sesiapa saja. Saya amat mengagumi mereka yang pandai berkraf dan art..apa2 juga yang berkaitan dengan art.

Quilling art ataupun paper filigree ialah kraftangan yang menggunakan juraian kertas yang digulung dan digamkan untuk menjadi pelbagai bentuk yang dikehendaki oleh seseorang tu. Rupa-rupanya sejak zaman Renaissance lagi rahib-rahib sudah membuat kraftangan ini untuk hiasan kulit buku dan peralatan keagamaan. Lepas tu, ianya dipopularkan oleh wanita Eropah pada abad ke-18 sebagai aktiviti masa lapang.

Sikit je la intro tu. Petang-petang ni takmo la tulis panjang-panjang. Layan jelah gambar-gambar menarik hasil quilling ni. Kalau ikutkan hati, nak buat quilling selalu. Cantik kalau buat handmade card untuk kawan-kawan. Tapi rasanya belum lagi terbuka hati nak ber'quilling' secara tetap. Ada satu je hasil quilling yang saya jadikan frame gambar di atas meja kerja saya ni. Hehehe...







Gambar-gambar daripada google cantikkan? Mesti diorang habiskan banyak masa buat quilling ni. Kena sabar kalau tak mesti jadi tension. 

Ni hasil quilling saya yang tak seberapa...hehehe



2 comments:

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...