It's You!

Friday, November 9, 2012

Cleaning & Padang

Salam,

Sekejap je dah petang kan. Sekejap je dah nak hujung minggu dan tentunya masa untuk beristirehat. Kadang-kadang bukan berehat pun. Di rumah sudah tentu sibuk pulak nak mengemas bagai. Yela..hari-hari bekerja balik rumah dah petang, tak sempat nak buat apa-apa dah Maghrib lepas tu dah malam pulak so kena tunggu hujung minggu la untuk mengemas rumah, menukar cadar, membasuh sarung kusyen, mengemas dapur. (Itu sebenarnya planning saya esok dan ahad. Itu pun belum tentu jadi sebab kadang-kadang ada pula benda lain yang menghalang kita.

Ok...pastikann semuanya ada supaya kerja kita berjalan lancar!


Rumah saya tak la besar mana, sekangkang kera je tapi jenuh juga nak mengemas lebih-lebih lagi sekarang dengan si kembar yang sedang pandai bermain, ditambah dengan dua orang anak lelaki yang meningkat bujang so bayangkan ajalah. Baru habis mengemas di sini, dia dah tuang mainannya di sana. Hai...nasiblah...macamana la saya tak jadi "monster" kadang-kadang tu.

Anak-anak lelaki saya jenis yang duduk di rumah sahaja. Maklumlah sebelum ni kami duduk dengan MIL jenis pangsapuri so memang tak kemana la. Duduk je dalam rumah sebab malas nak turun. Sekarang bila dah duduk rumah sendiri dalam taman, diorang dah tak reti nak bermain di luar. Paling kuat pun, diorang naik basikal keliling taman dua tiga pusingan dan balik. Tak sampai pun 1/2 jam. Di seberang jalan di depan rumah adalah ruang berumput untuk main bola tapi tu pun sekali sekala je.

Bila teringat pasal padang, teringat pasal padang Polo di Ipoh. Dulu waktu belajar di PUO, selalu juga melepak di padang Polo tu. Tak jauh mana pun tapi waktu tu boleh dikatakan 50% pelajar naik basikal. Kalau tak naik teksi, kami naik motor ramai-ramai. Buat apa? Kadang-kadang saja tengok orang joging atau  saja melepak.

Rindu rasanya nak menjejakkan kaki ke padang bersejarah ini. Banyak kenangan yang tercatat di sana.


Tapi bukan nak kata la, padang-padang yang paling cantik saya rasa semuanya di Ipoh. Rumput sentiasa terjaga dan nampak hijau saujana saja. Lagipun kat Lembah Kinta tu banyak betul pokok-pokok besar yang meredupkan lagi suasana. Itu yang buat saya jatuh sayang pada Ipoh. (di situ juga saya berkenalan dengan husband ^_^)


Saya suka tengok pemandangan batu kapur ni di sepanjang highway ipoh...rasa tenang je dan mistik tapi sekarang banyak yang telah ditarah tak seperti tahun 1990-an dulu. Sedih...

Eh..eh..apa melalut sampai ke Ipoh ni? Hehehe...sebenarnya terkenangkan kisah lama. Orang kata kenangan lama ni jangan dikenang tapi kalau takde yang lama manakan ada yang baru, sekarang dan masa hadapan. So janganlah anggap kenangan kita tu walau yang pahit tidak berguna tapi jadikan ia pengajaran dan panduan untuk kita melalui masa kini dan hadapan.

Selamat bercuti rakan-rakan sekalian. Semoga hujung minggu ni penuh dengan keceriaan dan kasih sayang!

7 comments:

  1. Assalamualaikum..
    selamat petang.. :))))))) lahaiii.. mane kejap.. rasa berzaman dok ofis hari ni.. maklum lah.. hari last kan.. lambat giler.. ! hahahahaha..
    nak balik je rasa.. tapi time off lagi 1 jam setengah.. so diam2.. melawat rumah kawan2 ni, biar tak boring.. dah tak tau nk wat per dah.. giler boringggg.. esok pun nani ingat nak kena basuh sarung bantal.. basuh cadar.. dan basuh selimut2 sikit.. harap2 esok tak hujan.. boleh jemur... minggu lepas dah basuh gak.. x habis buat sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan Nani....mcm2 nk kena basuh....sama la kita

      Delete
  2. Assalamualaikum Kniedaz,

    Padang POLO! Macam teringat-ingat padang rumputnya yang hijau. PUO sesi/tahun berapa belajar di situ?
    Terima kasih.

    Salam,
    zue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zue,
      Saya batch 96-99
      Jabatan Perdagangan
      ^_^

      Delete
  3. Assalamualaikum Kniedaz,

    Thanks for replying. Saya pun PUO. Your Super Duper Extra Long Lost Senior. Hehe... Dah lebih 20 tahun dah kot. Same jabatan as well. Orang penting Kelab Mawar Biru lah dodulu. Asrama Siswi Blok D kot. Jalan kaki yo. Duk Taman Cempaka pun jalan kaki gak.
    Asal malam je 'Bang! Mee Hailam satu'... ada rezeki lebih kalu...yuk! kita ke Benteng! Salam kenal.

    Salam,
    zue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zue,
      Hehehe...salam kenal juga. Wah..saya pun rajin juga makan kat benteng kalau duit "lebat". Waktu saya, ramai ang naik basikal..so panjang sikit la langkah tapi seronok kan duduk di Ipoh dulu. Dulu-dulu ada Greentown Mall je yang paling hebat. Sekarang ni, macam-macam ada. Saya duduk Blok F lepas tu duduk Taman Cempaka juga...hehehe

      Delete
  4. sama la macam anak2 saya. baru je mop lantai dah kena mop semula. ada air tumpah la, mainan tu dah petang baru susun dalam bekas. sebabnya kalau susun awal-awal sekejap lagi bertaburan semula.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...